Kurma Boleh Jadi Milk Booster, Enak Dimakan Sebagai Snek
Pada awal bulan baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang ibu yang ingin mencuba set penyusuan Shaklee kerana semangat yang begitu tinggi untuk menyusukan bayi ketiga selepas tidak berjaya menyusukan bayi pertama dan kedua. Namun, beliau terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tertentu.
Bagi saya, tiada sebab untuk kecewa kerana tidak berjaya membuat jualan asalkan berjaya membantunya untuk menyusukan bayi dengan susu badan. Apa yang saya cadangkan kepadanya ialah buah syurga, iaitu buah kurma.
Sebab kebetulan ketika itu saya sedang mengimbau memori berpuasa di Mesir 6 tahun lepas iaitu bersahur dengan susu yang direndam dengan kurma selama semalam. Mungkin boleh panggil ‘jus kurma susu’. Saya pun lupa namanya dalam bahasa Arab.
Kurma memang tidak dinafikan merupakan buah yang mempunyai nutrisi yang tinggi dan mampu memberikan tenaga segera. Tak hairanlah kurma memang digunakan untuk meningkatkan kuantiti susu ibu ataupun milk booster.
Jadi saya cadangkan kepada Puan I untuk mengamalkan kurma sebagai snek dalam diet seharian.
1. Makan 4-6 biji kurma selepas mengepam susu atau selepas menyusukan anak atau bila-bila sahaja ibu terasa hendak makan.
2. Makan 2-3 kali sehari
3. Banyakkan pengambilan air suam, sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
4. Sediakan 1 bekas kurma untuk di makan semasa sesi mengepam susu pada waktu malam.
Kesan pengambilan kurma sebagai snek
1. Ibu lebih bertenaga
2. Susu cepat penuh dan payudara cepat membengkak
3. Susu lebih pekat
Namun ada juga rakan-rakan mengadu, agak sukar untuk menghabiskan beberapa biji kurma sekaligus kerana mereka cepat berasa kenyang. Jadi, alternatifnya boleh buat jus kurma susu seperti yang saya cadangkan di atas, atau blend kurma tadi dan minum sebagai jus.
Kurma bukan sahaja dijadikan milkbooster, namun mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan secara umum. Bulan puasa baru-baru ini memang setiap hari makan kurma kan? Apa kata kita teruskan pengambilannya setiap hari. Tak rugi, malah untung untuk kesihatan. Yang penting, gosok gigi kerana kurma yang manis boleh merosakkan gigi.
Berbalik pada kisah Puan I. Disamping meningkatkan kuantiti mengepam susu dan kerap melakukan power pumping, Puan I telah berjaya meningkatkan penghasilan susunya dan bayinya boleh menyusu dengan gembira.
Bagaimana melakukan power pumping
Sekiranya ibu mengalami masalah dalam penyusuan dan memerlukan khidmat nasihat atau sekadar nak sembang-sembang, boleh hubungi saya Fyda : 012 621 1883