Fyda Noh [dot] com

Dunia Penyusuan Ibu

  • Utama
  • About
  • Produk Shaklee
  • Order Form
  • Hubungi Fyda
  • Topik Blog
    • Catatan Bisnes
    • Catatan Kehamilan
    • Catatan Kesihatan
    • Catatan Shaklee
    • Catatan Penyusuan
    • Catatan Testimonial
  • Checklist Kesihatan

Tanda Bayi Tidak Cukup Susu Ibu, Adakah Benar Atau Sangkaan Ibu Sahaja?

By 3 Comments

Tanda Bayi Tidak Cukup Susu Ibu, Adakah Benar Atau Sangkaan Ibu Sahaja?

Tidak cukup susu adalah antara sebab yang popular dikalangan ibu-ibu yang memulakan penyusuan susu formula terlalu awal kepada bayinya.. Kebanyakan ibu hanya ingin memastikan bayi tidur sahaja selepas menyusu supaya mereka boleh membuat kerja. Ingat ya ibu, bayi juga adalah manusia dan bukannya robot yang boleh dikawal supaya sentiasa diam.

Anggapan ibu bahawa bayi tidak cukup susu.

Ibu beranggapan apa sahaja yang dilakukan oleh bayi adalah tanda-tanda tidak cukup susu.

  • Bayi sering menangis
  • Bayi tidur dalam waktu yang terlalu pendek
  • Bayi tidak puas atau enggan menyusu
  • Bayi menghisap jari
  • Bayi terlalu besar atau kecil.
  • Bayi menyusu terlalu lama pada payudara.
  • Bayi menyusu terlalu kerap
  • Susu ibu kelihatan cair
  • Tiada atau sedikit sahaja susu ibu yang keluar apabila diperah
  • Payudara ibu tidak penuh atau lembut, tidak seperti ibu menyusu
  • Susu ibu tidak meleleh keluar atau ibu tidak mengalami reflex oksitosin
  • Bayi masih menerima susu formula (susu gantian) walaupun telah menyusu dengan susu ibu.

Tanda-tanda di atas dan mungkin banyak lagi tanda yang boleh ibu lihat pada bayi mungkin adalah tanda bayi tidak cukup tapi ini bukanlah tanda yang sebenar.

Tanda sebenar bayi tidak cukup susu

1.Pembuangan air kecil dan najis

  • Secara purata, bayi akan kencing dalam 6 kali atau lebih sehari. Air kencing bayi kelihatan cair dan cerah. Sekiranya bayi diberi air masak, pembuangan air kencing juga baik, tetapi dapat dilihat dari segi pertambahan berat badan yang terganggu.
  • Dari segi membuang air besar pula, bayi akan membuang air besar dalam 3-8 kali sehari dan semakin berkurang apabila bayi mencapai usia sebulan ke atas. Namun, ada juga bayi yang menyusu ibu sepenuhnya mungkin tidak membuang air besar dalam 2-3 hari.

2.Peningkatan berat badan.

  • Dalam seminggu pertama kelahiran, berat badan bayi mungkin akan menurun kerana proses kehilangan air dalam badan. Kemudian, berat badan bayi akan meningkat secara konsisten dalam purata 150gran seminggu.
  • Bayi juga kelihatan cergas dengan kulit yang sihat serta otot yang baik.

tips meningkatkan penghasilan susu

Sebab-sebab susu kurang dihasilkan

Kebanyakan ibu tidak diterangkan atau tidak memahami konsep supply dan demand. Kebanyakan sebab susu kurang dihasilkan ialah apabila kurang susu dikeluarkan daripada payudara. Ini memberi isyarat kepada otak bahawa susu sentiasa penuh dalam payudara dan tidak perlu menghasilkan susu lagi.

Sistem badan manusia adalah kompleks dan saling berkaitan antara satu sama lain. Untuk menghasilkan susu, memerlukan kawalan daripada otak kepada kelenjar-kelenjar yang menghasilkan susu dan bukannya melibatkan payudara semata-mata.

Sebab-sebab utama susu kurang dihasilkan:

1.Penyusuan ibu yang tidak kerap

  • Ada ibu yang memberikan anaknya susu formula semasa jaundis kerana risau bayi tidak cukup susu sebab itulah paras bilirubinnya tidak turun, jadi ini telah mengehadkan pemberian susu badan kepada bayi.
  • Ibu tidak dapat mengenal pasti tanda-tanda bayi bersedia untuk menyusu.
  • Bayi mengantuk atau diam, lebih banyak tidur dan tidak meminta untuk disusukan. Jadi, ibu tidak menyusukan bayi.
  • Ibu sibuk dan melambatkan penyusuan.
  • Bayi ditinggalkan atau tidur berjauhan daripada ibu. Jadi, ibu tidak boleh melihat atau mendengar isyarat bayi yang perlukan susu.
  • Bayi diberi puting tiruan.
  • Kepercayaan bahawa bayi tidak memerlukan penyusuan ibu pada waktu malam.
  • Puting atau payudara ibu sakit, pendek atau pun tenggelam menyebabkan ibu tidak mahu menyusukan bayi.
  • Kurang pengetahuan cara untuk memerah susu dan memberi susu perahan kepada bayi.

2. Penyusuan ibu mengikut jadual

  • Ada sesetengah ibu menyusukan bayinya mengikut jadual, contohnya setiap 2 atau 3 jam. Walaupun amalan ini ada logiknya untuk mengelakkan terlalu banyak susu diberikan kepada bayi, namun amalan ini tidak membenarkan bayi menyusu dengan kerap. Bayi akan dibiarkan menangis mencari susu, sehingga bayi penat dan tertidur.
  • Apabila tiba waktu yang dijadualkan, ibu tidak memberi susu kerana bayi sudah tidur. Susu ibu masih banyak dalam payudara dan tidak dikeluarkan sepenuhnya. Jadi, penghasilan susu akan turut berkurangan.

3.Tempoh penghisapan susu ibu terlalu pendek

  • Bayi yang pandai melekap selalunya akan mengakhiri penyusuannya sendiri selepas berasa kenyang. Kadang-kadang semasa menyusu bayi akan berhenti sebentar untuk berehat. Jika ibu menghentikan penyusuan mengikut had masa yang ditetapkan atau ibu fikir bahawa penyusuan telah selesai apabila bayi rehat sebentar, menyebabkan bayi mendapat kurang susu.
  • Pelekapan yang tidak betul menyebabkan bayi tidak selesa dan penghisapan kurang baik

4.Posisi ibu memegang bayi adakalanya tersilap dan menyebabkan bayi tidak selesa untuk menyusu. Ini juga menyebabkan pelekapan yang kurang berkesan dan bayi tidak dapat menghisap susu dengan baik.

Ada juga bayi yang lemah ataupun mungkin bayi yang tidak matang mempunyai masalah untuk melekap atau menyusu dengan baik.

5.Lambat memulakan penyusuan ibu

Penyusuan ibu sepatutnya dimulakan sebaik sahaja selepas kelahiran bayi. Mungkin kerana masalah-masalah tertentu termasuklah masalah kesihatan ibu dan bayui yang telah melambatkan proses penyusuan.

Sebab-sebab yang jarang berlaku

1.Ubat-ubatan yang diambil oleh ibu

  • Pil perancang keluarga yang mengandungi kedua-dua hormon estrogen dan progesteron boleh mengurangkan penghasilan susu ibu. Sebab itu, ibu yang ingin merancang keluarga dengan menggunakan pil, disarankan pil yang mengandungi progesteron sahaja.
  • Ubat jenis diuretik juga boleh menyebabkan kurang penghasilan susu ibu.

2.Ibu yang minum minuman keras atau menghisap rokok.

3.Pembedahan payudara yang melibatkan pemotongan salur susu atau saraf payudara.

3.Ibu mengandung semula. Perubahan-perubahan hormon mungkin boleh menyebabkan pengeluaran susu berkurangan.

Sebab-sebab yang mengurangkan penghasilan susu yang sangat jarang berlaku

1.Cebisan uri yang tertinggal dalam rahim yang boleh mengganggu pengeluaran hormon yang diperlukan untuk penghasilan susu ibu.

2.Pembesaran payudara yang tidak mencukup semasa mengandung, di mana tiada atau sedikit sahaja sel payudara yang terbentuk untuk menghasilkan susu.

3.Kekurangan zat makanan yang teruk

  • Susu ibu dihasilkan daripada apa yang ibu makan dan juga dalam bentuk nutrien yang disimpan dalam badan ibu. Hanya ibu yang mengalami masalah kekurangan zat makanan teruk untuk tempoh berpanjangan hingga kehabisan simpanan nutriennya akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu.
  • Pengambilan air atau minuman yang tidak mencukupi juga boleh menjejaskan penghasilan susu ibu.

4.Faktor psikologi dan fisiologi turut dikaitkan dengan penghasilan susu ibu

  • Ibu yang kurang yakin, letih, bimbang atau dalam keadaan tertekan mempunyai kesukaran untuk menghasilkan susu ibu.

 

Sepatutnya isu tidak cukup susu tidak timbul pada awal kelahiran. Namun, ibu memerlukan hati yang cekal dan ilmu yang cukup untuk memastikan susu ibu sentiasa cukup untuk bekalan bayi.

Sebarang persoalan atau saja nak sembang, boleh hubungi saya,

Fyda Noh : 012 621 1883

Filed Under: Catatan Penyusuan Tagged With: susu ibu kurang, tand abayi tidak vukup susu, tanda bayi cukup susu. tips banyakkan susu ibu

Find us on Google Plus

Video Pilihan

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Set Hamil Premium

atasi masalah anemia semasa hamil

set bersalin premium kecil

set bersalin premium kecil

Set Penyusuan Premium

atasi masalah susu merudum

Geng Blogger

  • Lobak Ungu
  • Majalah Vitamin
  • My Sar Beauty
  • RujaUtih

Categories

Folow @ Instagram

Jom kongsi

Follow this blog

Visitors

Copyright © 2019 Fyda Noh · Powered by ZBS Networks ·