Fyda Noh [dot] com

Dunia Penyusuan Ibu

  • Utama
  • About
  • Produk Shaklee
  • Order Form
  • Hubungi Fyda
  • Topik Blog
    • Catatan Bisnes
    • Catatan Kehamilan
    • Catatan Kesihatan
    • Catatan Shaklee
    • Catatan Penyusuan
    • Catatan Testimonial
  • Checklist Kesihatan

Panduan Buka Buku Pink Dan Apa Kandungannya

By Leave a Comment

Panduan Buka Buku Pink Dan Apa Kandungannya

Apabila ibu disahkan mengandung dan ingin dipantau klinik kerajaan, buku mengandung akan dibuka. Berbeza tempat, ada buku yang berwarna pink dan ada yang berwarna putih. Namun, biasa di semenanjung memang bukunya berwarna pink. Sebab saya tinggal di Sabah buku mengandung saya berwarna putih.

Istimewanya buku ini tidak dijual di mana-mana kedai dan dikhaskan untuk ibu seorang sahaja. Buku ini memuatkan semua masalah kesihatan ibu dan apa sahaja yang berkaitan dengan kandungan ibu ketika itu dan boleh diumpamakan sebagai kad pengenalan atau pasport. JadiĀ ibu mesti membawanya ke mana sahaja setiap kali ibu keluar rumah supaya jika apa-apa berlaku kepada ibu, maklumat kesihatan sudah terkandung dalam buku tersebut. Lagipun buku itu kecil, nipis dan ringan, boleh muat dalam tas tangan.

Maklumat penting dalam buku pink ibu mengandung

1. Maklumat mengenai ibu.

Buku mengandung ini mengandungi biodata ibu, maklumat tentang masalah perubatan dan kesihatan, jenis darah, maklumat penyakit-penyakit berjangkit, tempoh kandungan berserta tarikh jangkaan bersalin. Pada muka hadapan buku terdapat nama dan nombor telefon suami untuk dihubungi sekiranya terdapat kecemasan. Selain itu, terdapat nama dan nombor telefon klinik tempat ibu diperiksa. Sekiranya ada buku ini tercicir, orang yang menjumpainya boleh mengembalikan kepada klinik yang terdekat atau melaporkan ke balai polis.

Setiap kali pertemuan dengan jururawat atau doktor, aduan atau apa sahaja penemuan baru berkaitan dengan ibu akan dicatit dalam buku tersebut. Buku ini juga adalah digunakan sebagai penyampai maklumat antara doktor di klinik dan doktor di hospital sekiranya ibu dirujuk ke hospital ataupun apabila bersalin kelak.

2. Maklumat berkaitan kandungan dan masalah ketika mengandung.

Kalau ibu rajin membelek buku itu, sebenarnya dalam buku itu terkandung banyak maklumat mengenai ibu mengandung termasuk perkembangan bayi, masalah biasa yang dihadapi ketika mengandung dan cara untuk mengatasinya.

Terdapat juga tips-tips untuk diamalkan semasa mengandung, termasuk nasihat pemakanan, senaman, teknik pernafasan semasa bersalin dan mengenai penyusuan ibu.

Selain itu, terdapat checklist ceramah yang seharusnya ibu dapat semasa mengandung dan jururawat yang telah memberikan ceramah itu akan menanda bahawa ibu sudah diberi ceramah tersebut dan tiada alasan untuk ibu tidak mengetahui apa yang berlaku semasa ibu mengandung dan mengenai penyusuan ibu.

Maklumat yang tidak kurang penting juga ialah pergerakan bayi yang boleh mula dikira apabila kandungan mencecah 28 minggu.

Buku pink ini perlu dibawa ke mana sahaja ibu pergi dan jika hilang perlu membuat laporan polis.

panduan buka buku pink
Happy, happy juga.. Segera buka buku pink ya

Kepentingan daftar mengandung awal

Seboleh-bolehnya, KKM menggalakkan ibu mendaftar di klinik sebaik sahaja ibu tahu mengandung. Sepatutnya ibu dilihat oleh doktor sebelum kandungan berusia 12 minggu, tapi ini bergantung juga kepada polisi klinik dan berapa ramai ibu mengandung yang diuruskan oleh klinik tersebut.

Membuka buku awal penting untuk saringan faktor risiko yang boleh menyebabkan komplikasi kepada kandungan. Contohnya jika ibu mempunyai sejarah kandungan bermasalah, atau mempunyai penyakit yang perlu dipantau lebih kerap dan yang paling kerap berlaku ialah masalah anemia akibat kekurangan zat besi. Saya ulang ni banyak kali dah, dan saya akan ulang balik. Mengandung adalah salah 1 perjalanan hidup yang bahaya untuk seorang wanita, jadi sewajarnya dia mendapat layanan yang lebih istimewa. Sebab itu ibu perlu melaporkan bahawa ibu mengandung secepat mungkin.

Secara peribadi, saya amat menggalakkan penglibatan suami juga ketika isteri datang untuk temujanji. Ini bukan sahaja memberi sokongan emosi kepada ibu, malah boleh membantu ibu untuk mematuhi temujanji dan pengambilan vitamin, supaya suami juga tahu apa masalah yang dihadapi oleh isterinya dan memudahkan pengurusan di rumah serta boleh turut sama berbincang cara kelahiran kelak. Ini bukan anak si isteri seorang, tapi banyak yang saya nampak suami lebih suka tunggu di kereta dan isteri juga rimas jika suami ikut sama.

Apa yang dibuat pada lawatan kali pertama

Lawatan kali pertama juga dipanggil ‘booking’. Ibu disarankan untuk booking seawal mungkin, sekurang-kurangnya tidak melebihi 12 minggu usia kandungan. Walaupun ibu datang buka buku lambat, walau dah cukup bulan sekalipun, layanannya tetap sama.

Pada lawatan kali pertama, mungkin mengambil masa yang agak lama kerana ada beberapa maklumat yang perlu diambil oleh jururawat.

1.Sejarah yang lengkap termsuk kitaran haid, sejarah kandungan lalu, sejarah diri dan keluarga dan sosioekonomi keluarga. Jika ini bukan kandungan pertama, ibu dinasihatkan supaya membawa buku-buku mengandung lama untuk untuk memudahkan jururawat merujuk semula keadaan kandungan ibu yang lepas. Jadi, ibu seharusnya menyimpan buku-buku mengandung lama, lagipun itu kan kenangan.

2. Pemeriksaan fizikal.

Ini penting sebagai kayu ukur kerana jika ada perubahan kepada fizikal ibu semasa mengandung, dikhuatiri terdapat komplikasi tertentu, terutamanya tekanan darah dan berat.

3. Ujian makmal

Ujian ini termasuk full blood count untuk melihat Hb dan mengesan status thalassemia, kumpulan darah, saringan HIV, Hepatitis B dan penyakit sifilis. Selain itu, ujian air kencing diambil untuk mengesan gula dan protein.

4. Scan untuk memastikan bayi berada dalam rahim dan tarikh jangkaan bersalin yang tepat. Namun, ini bergantung kepada fasiliti berkenaan, jika temujanji terlalu penuh, ibu mungkin akan diberi temujanji baru.

5. Pengurusan ibu hamil

Ibu akan diberi vitamin yang diperlukan oleh ibu mengandung dan nasihat berkaitan.

Kelas antenatal

Ini juga antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh ibu mengandung. Seboleh-bolehnya anggota kesihatan mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap ibu dan kalau boleh memang setiap kali temujanji nak bagi nasihat berkaitan dan dengar setiap masalah ibu. Namun, kerana kekangan masa agak mustahil untuk berbuat demikian.

Untuk menyelesaikan masalah ini, kelas antenatal dianjurkan yang membincangkan pelbagai topik baik semasa ibu mengandung, semasa bersalin, berpantang dan penyusuan bayi. Amat penting untuk ibu menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan. Sebaiknya bawa pasangan sekali supaya mereka juga faham keadaan dan keperluan ibu mengandung.

Akhir sekali, kepada ibu yang merancang untuk hamil atau berpotensi untuk hamil, jika mendapati lambat datang haid ataupun ada tanda-tanda mengandung silakan segera ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan dan buka buku jika benar-benar mengandung. Tindakan awal boleh menyelamatkan nyawa.

Jika ada sebarang pertanyaan atau saja nak sembang, boleh hubungi saya,

Fyda Noh : 012 621 1883

 

Filed Under: Catatan Bersalin, Catatan Kehamilan Tagged With: bila boleh buka buku merah, Buku pink, panduan buka buku pink

Find us on Google Plus

Video Pilihan

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Set Hamil Premium

atasi masalah anemia semasa hamil

set bersalin premium kecil

set bersalin premium kecil

Set Penyusuan Premium

atasi masalah susu merudum

Geng Blogger

  • Lobak Ungu
  • Majalah Vitamin
  • My Sar Beauty
  • RujaUtih

Categories

Folow @ Instagram

Jom kongsi

Follow this blog

Visitors

Copyright © 2019 Fyda Noh · Powered by ZBS Networks ·