Fyda Noh [dot] com

Dunia Penyusuan Ibu

  • Utama
  • About
  • Produk Shaklee
  • Order Form
  • Hubungi Fyda
  • Topik Blog
    • Catatan Bisnes
    • Catatan Kehamilan
    • Catatan Kesihatan
    • Catatan Shaklee
    • Catatan Penyusuan
    • Catatan Testimonial
  • Checklist Kesihatan

Kembali Bertenaga Selepas 3 Hari Bersalin Secara Caeserean

By 6 Comments

Kembali Bertenaga Selepas 3 Hari Bersalin Secara Caeserean

Dekat-dekat nak bersalin ni, saya teringatkan kisah seorang doktor yang bersalin pada waktu pagi dan menduduki peperiksaan Master pada petangnya dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya. (Saya tak berjaya google balik kisah itu). Macam hairan pula, bersalin pagi dan petangnya dah buat kerja lain.

bertenaga dalam pantangSudah menjadi kefahaman umum bahawa wanita selepas bersalin perlukan lebih rehat kerana mereka telah menggunakan banyak tenaga sewaktu melahirkan bayi. Berapa tempoh masa ibu berpantang perlu berehat untuk mengembalikan semula tenaganya? Takkan sampai habis sebulan berpantang? Sedangkan ada sesetengah ibu yang berpantang sendiri. Takkan lah nak duduk-duduk rehat saja kan? Mesti ibu perlu juga bangun untuk menyiapkan kerja rumah dan menyediakan keperluan keluarga.

Saya ingin kongsikan testimonial seorang ibu yang bersalin secara pembedahan, tetapi seawal minggu pertama sudah boleh mula bergerak aktif dan membuat kerja rumah. Bukanlah saya nak menidakkan keperluan ibu untuk mendapat rehat yang lebih supaya luka dalaman cepat sembuh dan sembuh dengan baik, tapi berpada-padalah. Kalau sampai nak bangun berjalan dalam rumah sendiri pun tak boleh, lambat juga nak baik luka tu.

buat kerja rumah selepas bersalin

Saya baru abes pantang selama 40 hari makan set pantang tu, start 3rd day saya dan bertenaga dan 2nd week saya dah buat kerja rumah walaupun bersalin czer, dan yang penting malam-malam nak berjaga untuk baby tak ada hal punya, sentiasa bertenaga, bila siang tak ngantuk pun…. tapi rasanya kena makan ngan oste la sebab saya sembelit masa pantang tu… heheh

~Puan Sakeena Syful

Bagaimana Set Berpantang Shaklee membantu untuk bertenaga

Energising Soy Protein (ESP)

Dalam set pantang terdapat ESP yang merupakan serbuk protein yang dibuat daripada soya. Mengandungi kesemua 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan, ESP membantu untuk membina sel-sel baru yang lebih baik bagi menggantikan sel yang rosak. Sel-sel baru ini akan menyebabkan fungsi fisiologi badan menjadi lebih baik. Selain itu, protein juga berfungsi untuk memberi rasa kenyang dengan lebih lama dan tenaga yang berpanjangan. ESP juga mempunyai glisemik indeks yang rendah dan membebaskan gula secara berperingkat.

Vitamin B Complex

Vitamin B Complex yang merupakan vitamin yang membantu metabolisme dan memberikan tenaga kepada badan. Vitamin B juga sering dikatakan sebagai vitamin yang boleh mengurangkan tekanan. Namun, kajian tidak menyatakan berapa banyak vitamin B yang perlu diambil untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan tekanan, tapi bagi seseorang yang mengalami masalah kekurangan vitamin B, kesannya mungkin lebih dirasai.

VitaLea (multivitamin)

VitaLea dilengkapi dengan 28 vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan harian tubuh ibu yang baru lepas bersalin. Memang ibu perlu mengambil pemakanan yang seimbang dan sihat berdasarkan piramid makanan, tetapi kadang-kadang pengambilan makanan kita terbatas mungkin disebabkan kekangan masa ataupun penyerapan zat makanan yang tidak berapa baik. Jadi, multivitamin ini membantu melengkapkan pemakanan harian ibu seterusnya membekalkan tenaga untuk keperluan harian.

Vitamin C

Vitamin C Shaklee yang dihasilkan daripada ekstrak jagung adalah kurang berasid dan seuai diambil untuk orang gastrik ataupun semasa perut kosong. Vitamin C berfungsi untuk merangsang penghasilan kolagen yang mempercepat penyembuhan luka. Selain itu, vitamin C juga meningkatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Bayi turut mendapat manfaat ini kerana turut disalurkan melalui susu ibu.

Zink

Zink dipercayai boleh membantu mempercepat penyembuhan luka. Petua tradisional mencadangkan minum pati haruan kerana pati haruan mengandungi kandungan zink yang tinggi. Jadi, zink memang sesuai untuk ibu yang menjalani pembedahan supaya luka cepat sembuh dan ibu boleh bergerak bebas dengan pantas.

Ostematrix

Ostematrix yang mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D adalah 3 jenis mineral yang saling membantu penyerapan antara satu sama lain. Selain membantu menguatkan tulang ibu dan bayi, Ostematrix juga membantu ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit dan kekejangan otot. Bila ibu selesa kerana pembuangan air besar yang lancar dan tiada kekejangan otot, ibu akan lebih cergas dan bertenaga.

set berpantang murah

Saya harap ibu-ibu yang bakal berpantang tidak melepaskan peluang untuk memiliki set berpantang daripada Shaklee ini kerana set ini telah terbukti banyak membantu ibu dalam pantang untuk mempercepat penyembuhan luka, membebaskan ibu daripada sembelit dan membantu ibu bertenaga dan cergas untuk menjaga bayi yang baru lahir dan anggota keluarga yang lain. Bila mood ibu sentiasa ceria dan gembira, barulah penghasilan susu menjadi lancar dan membantu penyusuan ibu.

Untuk bulan November 2015, Shaklee menawarkan diskaun 5% untuk setiap penyertaan sebagai ahli dengan pembelian Set Berpantang Premium ini. Ada peluang ibu dapat bonus bulan depan. OK ke OK?

Jadi, segera hubungi saya untuk tempahan atau sekadar nak sembang-sembang pun boleh,

Fyda Noh : 012 621 1883

Filed Under: Catatan Berpantang Tagged With: bertenaga dengan Shaklee, bertenaga selepas bersalin, elakkan sembelit semasa pantang

Find us on Google Plus

Video Pilihan

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Set Hamil Premium

atasi masalah anemia semasa hamil

set bersalin premium kecil

set bersalin premium kecil

Set Penyusuan Premium

atasi masalah susu merudum

Geng Blogger

  • Lobak Ungu
  • Majalah Vitamin
  • My Sar Beauty
  • RujaUtih

Categories

Folow @ Instagram

Jom kongsi

Follow this blog

Visitors

Copyright © 2019 Fyda Noh · Powered by ZBS Networks ·