Fyda Noh [dot] com

Dunia Penyusuan Ibu

  • Utama
  • About
  • Produk Shaklee
  • Order Form
  • Hubungi Fyda
  • Topik Blog
    • Catatan Bisnes
    • Catatan Kehamilan
    • Catatan Kesihatan
    • Catatan Shaklee
    • Catatan Penyusuan
    • Catatan Testimonial
  • Checklist Kesihatan

Berat Badan Bayi Dibawah Normal Naik 2 Kali Ganda Dalam Sebulan

By 2 Comments

Berat Badan Bayi Dibawah Normal Naik 2 Kali Ganda Dalam Sebulan

Semasa temujanji dengan ibu mengandung, apabila ada ibu yang mengadu selalu kejang kaki, tangan dan kaki kebas, sakit tulang dan lenguh-lenguh badan, yang pertama sekali tentulah memeriksa sebab jadi begitu. Mungkin ibu ada jatuh, tangan dan kaki membengkak sehingga salur darah terhimpit, masalah saraf atau mungkin ibu kurang aktif dan terlalu banyak rehat. Jika faktor di atas tidak berkaitan, kemungkinan ibu mengalami masalah kurang kalsium dan magnesium. Apabila ditanya, menurut ibu dia tidak minum susu kerana tidak boleh telan. Memang banyak lagi makanan yang mengandungi kalsium dan magnesium selain susu, namun di negara kita sumber kedua-dua mineral itu yang paling mudah tentulah susu.

Ramai sebenarnya ibu mengandung mempunyai masalah minum susu, termasuk saya sendiri. Memang masa mengandung saya tidak minum susu langsung. Setiap kali nak minum, rasa loya nak muntah. Semasa mengandung anak pertama, apa-apa susu pun saya tidak boleh telan langsung, jadi untuk melengkapkan kalsium dalam diet saya makan pil kalsium. Sementara untuk anak kedua, saya minum ESP Shaklee tapi perlu dicampur dengan coklat, barulah boleh telan.

Saya nak cerita pasal seorang ibu yang mempunyai masalah minum susu, tapi telah dicadangkan oleh rakan ofisnya supaya mencuba ESP Shaklee memandangkan dia baru lepas bersalin dan menyusukan bayi. Mula-mula memang susah nak minum, tapi sekali minum dan dapat rasa kesan yang positif, terus jatuh cinta.

berat ideal bayi

Mari baca kisah Puan Myra

======================================================================================

ESP EFFECT!

First time amik ESP sebab rakan opis beria-ria suh rasa ESP dia.. waktu tu Myra baru lepas abis pantang.. tapi sebenarnya member ni dah lama suh rasa ESP ni dari since mengandung lagi.. cuma Myra bukan peminum suus or penggemar susu.. pendek cerita tak minum susu langsung.. jadi agak berkira-kira la nak minum.. sebab dah buat mindset yang putih tu susu.. hahaha

OK back to story.. nak jadikan cerita hari first day masuk opis pas pantang tu jugakla try ESP…tapi memula tak berani nak try ESP begitu sahaja.. Myra campurkan ESP dengan air VICO.. wow boleh tahan jugak rasanya.. boleh telan.. tiada bau yang meloyakan… sangatttttt SEDAPPP.. huhu.. tapi masa tu tak berapa cukup budget tuk beli.. jadi hold dulu.. duk minum member punya je.. hehe Thanks akak Suhaila bagi try secara percuma.. so exclusive..

Then, bulan depannya kak su ni pepagi da jumpa Myra.. Sebab nak bagi tau promo bulan tu ESP.. wow masa tu rasa teruja sangat.. yela Myra baru pas pantang baby pula Breastfeed.. nak kena pam susu hari2 kat opis.. baby pula memang tak nak minum susu formula..so, I is TERUJAAAA.. pastu dapat pulak tawaran hebat dari kak su sendiri boleh buat payment 2x… sapa tak nakkan… Terus call hubby bagitau.. confirm beli… esok ku terus dapat 1 canister ESP. disebabkan saranan minum 3 sudu 1 hari.. sangattt dimanfaatkan.. SARAPAN. LUNCH, MALAM cukup 3 sudu.. SUSU MELIMPAH sangattt.. dan paling best now baby dah 2 yahun 1 bulan and baby dapat penyusuan lengkap sehingga 2 tahun.. ALHAMDULILLAH..

Even anak dah 2 tahun, Myra still consisten amik ESP ni.. sebab Myra bukan setakat dapat package SUSU MELIMPAH tapi KULIT CANTIK… DAPAT BERAT BADAN SEBELUM MENGANDUNG… WOOOWWWW.. HEBAT KE HEBATTTTT!

**Baby Myra lahir comey je (2.1kg) pas sebulan (4.2kg) pas 3 bulan (6.8kg) and noe 13kg (2 tahun)

pekatkan susu ibu

berat bayi dibawah normal

========================================================================================

Kesimpulan testimonial

1. Puan Myra baru lepas bersalin dan sepanjang mengandung memang tidak boleh minum susu, tetapi telah dicadangkan oleh rakan seofis untuk minum ESP yang memang memberi banyak manfaat kepada wanita amnya dan khasnya ibu bersalin. Pertama kali minum, Puan Myra boleh telan tanpa masalah tapi campur dengan VICO la.

2. Selepas amalkan ESP Shaklee, dia dapati susu badannya meriah, kulit lebih cantik dan dapat berat badan sebelum mengandung dalam masa yang singkat.

3. Yang paling mengujakan, berat bayi masa lahir dikategorikan sebagai berat badan yang rendah, tetapi meningkat 2kali ganda pada usia sebulan.

Bagaimana ESP membantu ibu menyusu

ESP mengandungi kesemua asid amino perlu yang tidak dibuat oleh badan manusia. Asid amino ini termasuk yang dihasilkan oleh badan manusia diperlukan untuk penghasilan sel yang baik, iaitu sel yang berfungsi dengan baik. Bila sel berfungsi dengan baik, sudah tentu hasilnya juga yang baik-baik.

Protein juga membantu merangsang pembentukan semula kulit dan otot. Kulit menjadi lebih anjal dan tegang. Selain itu, kesan parut jerawat, jeragat semuanya akan berkurang kerana keserian wajah dikembalikan dan kedutan dan garis halus juga berkurang.

Apabila diet yang tinggi protein diambil semasa sarapan, seseorang akan berasa cepat kenyang dan kenyang pula lebih lama. Ini menyebabkan seseorang kurang mengambil makanan yang tidak sihat yang boleh menyebabkan berat badan naik.

Banyak lagi kebaikan ESP untuk kesihatan kita.

Tips hilangkan stretchmarks

Manfaat kesihatan untuk wanita

Cara minum ESP untuk dapatkan manfaat sepenuhnya

Sekiranya ada sebarang soalan, atau berminat nak cuba ESP untuk pelbagai manfaat untuk kesihatan, sila hubungi saya:

Fyda Noh

012 621 1883

Filed Under: Catatan Berpantang, Catatan Penyusuan Tagged With: banyakkan susu ibu, berat badan bayi dibawah normal, berat bayi dibawah normal, berat bdan bayi idela, cantik selepas bersalin, dapatkan berat badan ideal selepas bersalin, pekatkan susu ibu

Find us on Google Plus

Video Pilihan

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Set Hamil Premium

atasi masalah anemia semasa hamil

set bersalin premium kecil

set bersalin premium kecil

Set Penyusuan Premium

atasi masalah susu merudum

Geng Blogger

  • Lobak Ungu
  • Majalah Vitamin
  • My Sar Beauty
  • RujaUtih

Categories

Folow @ Instagram

Jom kongsi

Follow this blog

Visitors

Copyright © 2019 Fyda Noh · Powered by ZBS Networks ·