Atasi Anemia Ketika Mengandung Dan Terus Kekal Bertenaga
Apabila ada pesakit yang datang untuk UPT (ujian kandungan melalui air kencing), saya yang terlebih excited jika keputusannya adalah positif mengandung. Ucapan tahniah tidak lekang dari bibir saya dan bagi ibu yang pertama hamil, pelbagai persoalan yang ditanya, namun kekangan masa di klinik pesakit luar menyebabkan saya tidak dapat melayan mereka dengan sewajarnya, jadi saya menulis entry ini khas untuk kawan-kawan, adik-adik dan kakak-kanak yang bakal menjadi seorang ibu.
Antara persoalan yang sering ditanya oleh ibu hamil, terutama yang baru kali pertama hamil ialah
1. Apakah cabaran yang biasa dialami oleh ibu hamil?
2. Apakah saya perlu mengubah diet saya apabila hamil?
3. Bagaimana mendapat bekalan nutrisi sepanjang kehamilan?
4. Mengapa doktor memberikan vitamin untuk ibu hamil?
5. Apakah vitamin terbaik untuk saya dan bayi saya?
Semua persoalan anda akan saya jawab dengan panjang lebar nanti. Jika anda perlukan personal consultation atau sesi T&C (tender & care), dengan rendah hati saya mempelawa anda untuk hubungi saya.
Cabaran ibu hamil
9 bulan adalah tempoh yang cukup lama, hampir-hampir mencecah setahun. Sampai kini sukar untuk dipercayai wanita telah memikul berat bayi dalam tempoh yang begitu lama dalam perutnya, sudah tentu cabarannya sangat besar.
Cabaran ini mungkin berbeza antara setiap ibu, jadi elakkan menghakimi orang lain yang mungkin kesannya lebih besar dan teruk daripada seseorang yang lain.
Antara cabaran yang dihadapi ialah :
- Morning sickness.
- Alahan teruk.
- Tiada selera makan
- Anemia
- Keletihan, rasa malas
- Sakit belakang
- Sembelit
- Kejang kaki
- Kaki bengkak, sehingga boleh sampai ke bahagian bawah badan
- Buasir
- Sakit ulu hati atau perut sering masuk angin
- Tekanan darah tinggi dan berisiko untuk sawan jika tekanan darah tidak dikawal dengan baik.
- Sukar tidur
- Sakit bahagian tulang belakang
- Sakit payudara
- Jangkitan kulat pada vagina
- Vena varikos atau salur darah bahagian kaki mengembang
Begitu banyak kan cabaran ibu mengandung. Jadi, wajarlah Allah mengangkat darjat ibu 3 kali lebih tinggi daripada darjat bapa untuk anak-anak. Kebanyakan wanita mengandung memang mengalami masalah di atas, namun bergantung sama ada berat atau ringan dan jika mengganggu aktiviti harian, mungkin perlu mendapatkan bantuan perubatan. Namun, jangan risau kerana biasanya simptom di atas akan berakhir dengan meningkatnya usia kandungan, rehat secukupnya, dengan pemakanan yang baik dan sokongan daripada suami dan keluarga.
Nutrisi yang penting untuk ibu hamil
Seorang ibu hamil secara amnya perlu makan bijiran dan sayuran hijau dalam kuantiti yang banyak untuk memenuhi keperluan asid folik. Selain itu, karbohidrat dan protein juga diperlukan untuk mengekalkan tenaga.
Kekurangan zat besi pula menyebabkan ibu hamil mendapat masalah anemia, yang jika tidak dibendung akan memberi kesan buruk kepada ibu dan bayi semasa mengandung dan risiko tumpah darah semasa kelahiran. Selain itu, anemia juga boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada ibu dan bayi pada masa hadapan.
Bagaimana mendapat nutrisi secukupnya semasa hamil?
Setiap orang sepatutnya mengamalkan makanan seimbang setiap hari, bukan ketika mengandung sahaja. Pakar pemakanan telah mencadangkan makanan berikut untuk ibu hamil dan didapati memenuhi keperluan zat ibu dan bayi yang dikandungnya.
- Telur – mengandungi 12 vitamin dan mineral penting, serta protein yang penting untuk pertumbuhan janin.
- Ikan laut dalam (mackerel, salmon, ikan kod) – Kaya dengan omega 3 yang amat diperlukan oleh bayi untukpertumbuhan otak. Jika mahukan anak yang pintar dan genius, inilah masanya untuk dapatkan DHA banyak-banyak
- Kekacang – Kekacang yang kaya protein dan fiber mengelakkan masalah system pencernaan seperti sembelit dan angina.
- Sayuran hijau – Bukan sahaja mengandungi pelbagai vitamin, malahan sayuran hijau mengandungi fiber yang tinggi untuk melancarkan sistem penghadaman.
Kenapa perlunya vitamin semasa hamil
Ditambah dengan keperluan zat makanan yang banyak untuk bayi, ibu mempunyai risiko untuk menghadapi masalah kekurangan zat makanan dan anemia. Jadi, untuk membantu melengkapkan zat makanan ibu hamil, doktor telah membekalkan ibu-ibu dengan vitamin antenatal yang diperlukan oleh ibu mengandung.Semasa hamil, ibu memerlukan lebih banyak zat makanan iaitu sebanyak 2 kali ganda untuk dikongsi dengan bayi yang sedang membesar dalam rahimnya. Sayangnya proses penyediaan makanan menyebabkan banyak zat makanan hilang daripada makanan
Namun, ramai ibu mengadu tidak boleh makan vitamin-vitamin tersebut kerana:
- Bau yang kuat dan tidak menyenangkan
- Pewarna yang kuat
- Menyebabkan sembelit
- Sering pening atau loya selepas makan vitamin
Bukan sedikit yang mengadu mengalami masalah ini, dan ada yang tidak makan vitamin langsung. Akibatnya, jika hemoglobin ibu turun hingga mencetuskan symptom anemia, ibu akan berakhir di hospital dengan 1 atau 2 pint darah. Ya, ibu perlukan transfusi darah jika mengalami symptom anemia ketika hamil.
Ada ibu yang rasa pening atau mengalami sembelit teruk walaupun sudah minum banyak air. Mungkin kerana vitamin-vitamin tersebut dihasilkan daripada bahan kimia dan bukan daripada sumber semulajadi. Bahan tiruan untuk anak yang sangat berharga tu? Itulah hakikatnya.
Rahsia saya atasi anemia dan sembelit semasa hamil
Sejak zaman anak dara lagi saya sering mengalami masalah sembelit sehingga menyebabkan saya mengalami masalah angin. Apabila saya berjumpa seorang tukang urut, dia menjelaskan bahawa usus melintang saya terlalu panjang, sehingga mengendur sebab itu pergerakan usus saya sedikit lambat sehingga menyebabkan masalah sembelit. Tak tahulah betul ke tidak, tapi macam logik juga kan?
Apabila saya mengandung, memang lagi teruklah sembelit sampaikan perut masuk angin. Setiap hari agaknya kepala pening kerana perut masuk angin. Dan saya juga turut mengalami masalah untuk menelan suplemen terutamanya B-Complex kerana bau yang kuat.
Jadinya saya memang culas juga makan vitamin walaupun masa tu saya sudah amalkan Set Hamil Shaklee. Akhirnya apabila kandungan mencecah 30 minggu, Hb saya jatuh dibawah 10. Apabila, terpaksalah saya tahan juga makan vitamin dengan konsisten. Nasib baik keadaan saya tidaklah serius seperti Sis Aya Chalo ni. Sampai keluar masuk hospital.
Vitamin Shaklee yang saya amalkan ialah
1. Vitalea with iron
2. B Complex with folic acid
3. Sustained Released Vitamin C
4. Ostematrix
5. Omega Guard
6. Energizing Soy Protein
Set ini mengambil masa lebih kurang 3-4 untuk habis. Awal-awal memang saya sendiri rasa mahal juga, tapi bila dah guna memang sangat berbaloi sebab tahan lama dan produk semulajadi pula tu. Apa lagi dengan menjadi ahli, memang boleh dapat dengan harga lagi murah. Dan juga vitamin ini boleh diteruskan selepas bersalin dan untuk masa hadapan.
Fungsi setiap vitamin
Vitalea with iron
Mukltivitamin dan mineral lengkap untuk membantu melengkapkan nutrisi dalam makanan ibu yang mungkin hilang semasa proses membasuh, memasak dan penyimpanan. Semasa mengandung, memang penting sangat untuk dapatkan zat makanan secukupnya untuk keperluan ibu dan bayi.
Disamping itu, kandungan zat besi yang mudah diserap membantu untuk meningkatkan paras Hb ibu. Yang penting, pil ini tidak berbau dan tidak menyebabkan sembelit.
Zat besi boleh menyebabkan sembelit dan menyeksakan ibu hamil.
B Complex with Acid Folic
Asid folik memang elok diambil sebaik sahaja ibu merancang untuk mengandung atau sekurang-kurangnya pada peringkat awal kehamilan kerana asid folik membantu pembentukan saraf bayi dan mengelakkan spina bifida.
Sementara vitamin B, terutamanya vitamin B12 membantu untuk membina sel darah merah dan mengelakkan anemia.
Sustained Released vitamin C
Vitamin C membantu penyerapan zat besi, jadi pengambilan vitamin C secukupnya penting untuk mengelakkan anemia akibat kekurangan zat besi.
Disamping itu, vitamin C juga meningkatkan sistem imun ibu dan mengelakkan jangkitan.
Keistimewaan vitamin C Shaklee adalah ia dibebaskan secara berperingkat mengikut keperluan tubuh. Jadi, paras vitamin C sentiasa maintain dalam darah.
Ostematrix
Sumber kalsium untuk ibu hamil kerana meningkatnya keperluan untuk dikongsi dengan bayi.
Selain itu, ostematrix yang dilengkapi dengan kalsium boleh melembutkan najis dan magnesium yang mengawal pengecutan otot mencegah ibu hamil daripada sembelit.
Ostematrix juga dilengkapkan dengan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dan mengelakkan terjadinya penyakit batu karang
Disamping itu, Ostematrix juga membantu mengurangkan simptom kejang kaki yang sering dialami oleh ibu mengandung.
Omega Guard
Merupakan minyak ikan terbaik dunia yang dilengkapi dengan 7 jenis asid lemak perlu untuk perkembangan otak bayi.
ESP
Sumber protein untuk keperluan ibu dan bayi serta menjadi sumber tenaga tambahan untuk ibu, terutamanya ibu yang bekerja. Mengandungi kesemua 9 asid amino perlu yang tidak dihasilkan oleh badan. Ibu dapat membantu membina sel baru yang lebih baik dan sihat.
Harga Set Hamil Shaklee
Vitalea with Iron Formula – RM88.75 (120 biji)
B Complex with Acid Folic – RM53.75 (120 biji)
Sustained Release Vitamin C- RM92.50 (180 biji)
Ostematrix – RM61 (120 biji)
Omega Guard – RM139 (90 biji)
ESP – RM150 (850 gram)
Jadi, 1 set premium ini berharga RM616.93, tapi untuk bulan May hingga bulan Oktober, Shaklee menawarkan harga yang sangat tak masuk akal. Kira bertuah sangat sangatlah siapa yang beli set ini sekarang sehingga bulan Oktober nanti.
Kenapa?
Kerana sekiranya ibu mendaftar sebagai ahli, ibu akan mendapat
1. Sebotol Vitalea yang berharga RM88.75 secara percuma
2. Harga ahli yang jauh lebih murah
3. Bonus pada bulan berikutnya.
Jangan tunggu lagi untuk dapatkan Set Hamil Premium ini sebab memang jimat kerana boleh diambil selepas bersalin dan semasa menyusukan bayi. Terutamanya ibu-ibu yang selalu letih, Hb tak pandai naik, sembelit dan kejang kaki. Memang sangat disarankan.
Waktu mengandung sepatutnya jadi waktu yang mengujakan, bukannya asyik nak baring saja sebab keletihan. Masa inilah nak rasa seronoknya bayi bergerak dalam perut. Sebab itu ibu perlu cergas, tak maulah terlepek je. Kejang kaki pun tak ada tau, tak perlu nak urut atau sapu minyak panas sebelum tidur.
Ada lagi kisah yang lebih mengagumkan. Puan Ainul yang mengamalkan Set Hamil Shaklee. Kalau ibu lain mesti rehat-rehat kat rumah masa mengandung, tapi Puan Ainul ni dia boleh pula panjat Candi Borobudur, siap lagi laju daripada orang tak mengandung.
Bukan saya dan Puan Ainur je teruja dengan vitamin Shaklee ni, ramai lagi ibu-ibu yang merasai kesan yang sama.
Testimonial Set Hamil Shaklee
Syaheedah – Ini pengalaman saya sendiri mengamalkan set mengandung (Shaklee) sepanjang 4 bulan lebih ni.. Apa bezanya pengalaman mengandung kali ini berbanding dengan yang first?
1. Berat badan saya naik dengan terkawal.. dah 4 bulan lebih berat badan saya baru naik dalam 3.5kg
2. Muka pun tak nampak kembang angat.. sampai mak mertua pun tegur semalam, “tak naik sangat ye mengandung kali ni” hehe.. ebven saya naik LRT pun orang buat tak tahu aje sebab tak nampak saya mengandung (kesian jugalah kena berdiri)
3. Simpul mengkarung alhamdulillah tak pernah lagi datang menyinggah di kaki… sebelum ni almsot every ay sejak 5 bulan, wajib kena.. saya tak minum susu langsung kali ni.. memang bergantung 100% pada ostematrix
4. Muka saya lebih berseri-seri. kata mereka nampak glowing sangat.. sampai ramai yang buat spekilaso, anak laki agaknya.. tak pon mesti sebab minum ESP walaupun saya belum lagi amalkan ESP.. (Plan masuk 6 bulan baru nak amalkan)
Hadhatina MKB – Hadha mengandungkan Icha makan folic acid, then obimin + iberet folic + neurogain. alhamdulillah both pregnanvies memang tak ada masalah… buku merah tu clear je pun. cuma yang rasa beza kali dengan shaklee, yang hadha nampak, even hadha sekarang breastfeed si icha, awal mengandung mabuk teruk sampai loss 2kg, even masa baru tahu mengandung tu hadha travel ke India (suhu 45 degree tau dan tak lalu makan!) then balik gi Singapore, JB, Melaka.. first check up aje (after tak sampai seminggu lepas complete travel tu) reault checkup first alhamdulillah ok. Hb pun 13++ masa check tu. Syukur sangat-sangat kuasa Allah plus vitamin2 Shaklee sememangnya membantu. Cuma tang mabuk tu susahlah sikit.. sebab perubahan hormon untuk menyediakan tubuh kita ni untuk kegunaan sepanjang mengandung ni.
Tuty Rahiza – Betullah Hadha.. saya alahan teruk masa 1st and 2nd trimester, lembuk macam sayur.. vitmain dic kasi tu amik juga tapi macam tak ada kesan.. Lepas mula ambil Shaklee, 3rd trimester.. terlebih segar bugar la pulak.. kalau sebelum tu nak berjalan pun malas.. Dengan Shaklee, asyik ke sana sini je kerjanya.. sampai suami bising saya tak reti duduk diam bila hari minggu.
Jika ibu mengalami masalah letih lesu, sembelit, anemia, kejang kaki memang sudah tiba masanya untuk ibu hubungi saya dan kurangkan simptom-simptom di atas. Walaupun ada orang berpendapat, simptom itu normal untuk ibu hamil, tapi jika ada cara untuk mengatasi masalah itu, tak salah berikhtiar kan? Semuanya untuk kebaikan ibu dan bayi.
Hubungi saya (Fyda) untuk tempahan Set Hamil Premium atau sekadar nak sembang-sembang.