Fyda Noh [dot] com

Dunia Penyusuan Ibu

  • Utama
  • About
  • Produk Shaklee
  • Order Form
  • Hubungi Fyda
  • Topik Blog
    • Catatan Bisnes
    • Catatan Kehamilan
    • Catatan Kesihatan
    • Catatan Shaklee
    • Catatan Penyusuan
    • Catatan Testimonial
  • Checklist Kesihatan
You are here: Home / Catatan Kesihatan / Riwayat Hidup Jantung Manusia

Riwayat Hidup Jantung Manusia

By 8 Comments

Riwayat hidup jantung manusia

Nama saya jantung, satu organ yang sangat penting dalam hidup manusia. Saya juga merupakan organ kasih-sayang, buktinya manusia menggambarkan saya dengan simbol ‘love’ dan jika manusia berjumpat cinta hatinya, jantung dia pasti berdebar-debar. Kisah yang saya ingin ceritakan ialah perjalanan hidup saya sebagai jantung manusia.

Saya amat berbangga dengan diri sendiri kerana saya lah organ pertama yang terbentuk, iaitu seawal hari ke-20 kehamilan. Saya dibina daripada 2 tiub yang terbentuk apabila sel-sel mula membahagi dan membentuk lapisan-lapisan yang akan mengalami proses tertentu untuk menjadi organ dalam badan. Sekitar hari ke-21 dan 22, saya mula berdenyut, namun ketika ini fizikal masih terus mengalami perubahan dan bentuk jantung hanya terjadi dalam minggu ke-6.

Namun, ketika ini fungsi saya belum sama dengan fungsi jantung pada manusia yang berada di dunia. Disebabkan janin mendapat bekalan darah daripada tali pusat, jadi tekanan di paru-paru adalah rendah. Ketika ini, saluran daripada jantung yang membawa darah ke seluruh badan dan saluran darah daripada paru-paru ke jantung adalah bersambung dan ketika ini paru-paru dipenuhi air. Selain itu, kedua-dua bahagian jantung adalah bersambung. Jadi, penyakit jantung berlubang boleh berlaku apabila kedua-dua lubang ini gagal tertutup.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, selepas tali pusat dipotong, tekanan di dalam paru-paru meningkat dan menyebabkan kedua-dua lubang yang tersambung di atas tertutup untuk memastikan fungsi jantung dan paru-paru yang normal.

Saya rasa sangat seronok berkhidmat kepada tuan saya, dan setiap degupan saya memastikan bekalan darah yang cukup kepada setiap anggota badan tuan saya termasuk hujung jari. Dalam sebulan pertama usia manusia saya berdegup dengan agak laju, iaitu antara 70 dan 190 degupan dalam seminit. Ketika ini saya masih terikut-ikut degupan saya semasa dalam kandungan. Apabila usia manusia semakin meningkat, degupan saya semakin perlahan. Degupan dalam orang dewasa hanya antara 60 dan 100.

Ketika berada di alam persekelohan. tuan saya adalah seorang yang aktif bersukan, dan ibunya turut menjaga pemakanan anaknya. Jadi, saya menjadi organ yang sihat dan bersemangat untuk terus bekerja bersungguh-sungguh demi memastikan tuan saya sentiasa sihat dan bekalan darah mencukupi untuk dibekalkan ke organ-organ.

Saya sangkakan saya akan sentiasa menikmati hari-hari bahagia dan terus berkhidmat sehingga sampai masanya saya berhenti. Namun, segalanya berubah apabila tuan saya mula menhisap rokok apabila melangkah ke alam pekerjaan. Saya menjadi lemas, apa lagi kawan baik saya paru-paru kerana asap rokok itu terus sampai kepadanya. Tuan saya tidak lagi bersenam, malah kerap mengambil makanan segera yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi.

Saya perasan darah menjadi semakin pekat dan kurang berbanding dulu. Ini memaksa saya untuk  bekerja lebih keras untuk membekalkan jumlah darah yang sama kepada seluruh badannya. Awal-awal, saya masih rasa bersemangat. Namun, lama kelamaan saya berasa amat letih. Rasa terlalu berat tugas untuk mengepam darah yang semakin pekat. Kadang-kadang saya perasan beberapa ketulan lemak yang melalui saya. Entah di manalah lemak itu berakhir. Mungkin lemak-lemak itu yang menyempitkan salur darah dan menyebabkan dan perjalanan darah menjadi semakin sukar.

Saya terus bekerja lebih kuat, degupan saya semakin kencang. Saya tetap tidak mahu kecewakan tuan saya. Akhirnya, dinding bahagian yang dipanggil ventrikel sebelah kiri menjadi tebal supaya dapat mengepam darah dengan lebih kuat, tapi saya betul-betul semakin tidak berdaya. Saya sudah menjadi organ yang cacat. Badan saya semakin membesar dan degupan saya menjaga semakin laju.

Apa akan terjadi pada saya? Adakah otot-otot saya akan menjadi semakin lemah, tidak mampu mengalirkan darah sebaiknya dan menjadi organ yang gagal? Atau adakah lemak-lemak tadi akan berkumpul pada saluran yang mengalirkan darah kepada saya dan mengurangkan pengaliran oksigen, mematikan sel saya secara tiba-tiba yang dipanggil serangan jantung? Hanya tuan saya menentukan. Masih belum terlambat untuk dia berubah. Saya masih merayu dan menanti agar dia kembali menjaga saya sebaik mungkin. Saya hanya ingin berkhidmat selagi mampu dan kalau boleh tidak mahu mati sebelum masanya.

 

kesihatan jantung
Berhentilah seksa saya. Saya sangat sayangkan tuan

 

==============================================================

Sempena Hari Jantung Sedunia, mari sama-sama tingkatkan kesihatan jantung kita. Mungkin selama ini kita tak sedar atau tak tahu bahawa gaya hidup kita banyak mempengaruhi kesihatan jantung. Jantung tu memang organ yang kecil, sebesar penumbuk saja. Kalau tak jaga dia betul-betul, sekali dia nak berehat, haa tahu lah akibatnya.

Amalkan gaya hidup sihat, tinggalkan tabiat merokok, bersenam dan suplemen untuk kesihatan jantung. Barulah jantung pun gembira dan semua pun untuk kebaikan diri kita juga.

Klik sini untuk suplemen terbaik untuk jantung.

 

Hubungi saya untuk konsultasi untuk kesihatan anda,

Fyda Noh,

012-621 1883

fydanoh@gmail.com

Filed Under: Catatan Kesihatan Tagged With: http://www.fydanoh.com/2014/02/review-coq-shaklee-ia-kecil-ia-gagah.html

Comments

  1. Khadeejah Hasmad says

    29/09/2014 at 2:32 pm

    Sobs. Sabar ye jantung. Banyak banyakkan berdoa.

    Hihi
    Khadeejah Hasmad recently posted…Wajib Baca 5 Makanan Untuk Menurunkan KolesterolMy Profile

    Reply
    • fydanoh says

      30/09/2014 at 10:28 pm

      sabar jelah kalau jadi jantung. Dah tuan dia pun tak nampak dia kerja kuat. Dia sakit pon orang tak tahu, sampailah dia merajuk, barulah….

      Reply
  2. puteri kasih says

    30/09/2014 at 12:56 pm

    kisah menarik tentang riwayat hidup jantung…kena pastikan jantung kita sentiasa gembira 😀
    puteri kasih recently posted…Jom Beli Belah Di MYCyberSale 2014My Profile

    Reply
    • fydanoh says

      30/09/2014 at 10:29 pm

      Terima kasih… ramai orang sedar yang dia ada risiko, tapi nak ambil tindakan tu susah

      Reply
  3. ema says

    01/10/2014 at 3:28 am

    jantung adalah satu oragan yang sangat penting dan perlu dijaga.
    ema recently posted…Masuk PLKN Umur 30 TahunMy Profile

    Reply
    • fydanoh says

      01/10/2014 at 9:57 am

      Betul tu. tapi semua organ pun kena jaga dengan baik. Kalau salah satu merajuk, habisla kita

      Reply
  4. Aisyah says

    12/10/2014 at 6:20 pm

    kesian kat jantung.. hihihi.. sabar laa wahai si jantung hati… opss.. jantung.. hehehe.
    Aisyah recently posted…Cara Mudah Download Video Dari FacebookMy Profile

    Reply
    • fydanoh says

      14/10/2014 at 5:27 pm

      Jantung memang kesian. Sudahlah kerja dia dah berat, diberatkan lagi dengan pengalaman cara hidup tak sihat. Aisyah jangan buat cam tu nooooo

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Find us on Google Plus

Video Pilihan

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Set Hamil Premium

atasi masalah anemia semasa hamil

set bersalin premium kecil

set bersalin premium kecil

Set Penyusuan Premium

atasi masalah susu merudum

Geng Blogger

  • Lobak Ungu
  • Majalah Vitamin
  • My Sar Beauty
  • RujaUtih

Categories

Folow @ Instagram

Jom kongsi

Follow this blog

Visitors

Copyright © 2019 Fyda Noh · Powered by ZBS Networks ·