Fyda Noh [dot] com

Dunia Penyusuan Ibu

  • Utama
  • About
  • Produk Shaklee
  • Order Form
  • Hubungi Fyda
  • Topik Blog
    • Catatan Bisnes
    • Catatan Kehamilan
    • Catatan Kesihatan
    • Catatan Shaklee
    • Catatan Penyusuan
    • Catatan Testimonial
  • Checklist Kesihatan
You are here: Home / Catatan Penyusuan / Minum Air Banyak Tak Bagus Untuk Ibu Berpantang?

Minum Air Banyak Tak Bagus Untuk Ibu Berpantang?

By Leave a Comment

Minum air banyak tak bagus untuk ibu berpantang?

Seorang ibu muda yang baru berpantang anak pertama menghubungi saya dan mengadu susunya semakin berkurang walaupun bayi baru berusia sebulan lebih. Ibu itu belum datang haid. Setelah diselidiki, rupanya dia hanya minum satu botol kecil air sehari, kerana pendapat orang sekeliling bahawa ibu berpantang tak patut minum banyak air takut perut kembung dan sebagainya.
minum air lepas bersalin
Mungkin orang tua risau ibu berpantang jadi macam ni jika minum air banyak
Institute of Medicine menyarankan ibu menyusu untuk minum kurang lebih 3.1L sehari, iaitu kira-kira 13 gelas air, berbanding 2.2L untuk wanita tidak hamil dan 2.3L untuk wanita hamil. Namun ini hanyalah panduan secara kasar kerana keperluan air bukan sahaja bergantung kepada metabolisma badan tetapi, keadaan persekitaran dan aktiviti yang dilakukan oleh ibu. 
Pun begitu, ibu tidak perlu memaksa diri untuk minum air dengan banyak. Secara kasarnya ibu perlu memastikan dirinya sentiasa terhidrat atau keperluan air dalam badan mencukupi untuk memastikan proses penghasilan susu badan berlaku dengan lancar. Ibu yang sibuk, mungkin yang berpantang sendiri biasanya mengabaikan rasa dahaga apabila tiada air berdekatan mereka, jadi cadangannya ialah ibu sediakan beberapa botol air dan letakkan di sekitat tempat ibu membuat kerja atau tempat menyusukan bayi. Tanda-tanda ibu kekurangan air ialah ibu berasa kering atau pahit dalam mulut, kencing menjadi pekat, berbau lebih kuat daripada biasa dan sembelit.

keperluan air ibu berpantang
Dua-dua side pon penuh, anak pun konfius mana satu nak sedut


Menurut Nancy Mohrbarcer dalam notanya Breastfeeding Made Simple(2010), pengambilan air berlebihan tidak mempengaruhi penghasilan susu ibu. Malah, pengambilan air berlebihan mungkin menyebabkan ketidakselesaan. IOM membuat kesimpulan bahawa minum air secara berlebihan tidak meningkatkan penghasilan susu. Dan bagi ibu yang menghasilkan susu berlebihan sampai bengkak-bengkak payudara, mengurangkan pengambilan air tidak akn membantu mengurangkan susu. Namun sewajarnya ibu mendapat bekalan air yang mencukupi untuk pelbagai proses homeotesis badan.

Mungkin ibu-ibu ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Set Berpantang Shaklee yang menjadi rebutan ibu-ibu seluruh Malaysia.

Bagaimana mendapatkan produk Shaklee?

 Anda boleh mendapatkan produk Shaklee daripada pengedar Shaklee yang sah tapi hati-hati ye, pastikan ada dapatkan daripada pengedar berkaliber yang boleh memberi konsultasi masalah anda dan mencadangkan cara pemakanan vitamin yang betul. Kalau cara makan salah, bukan saja tidak beri kesan positif malah mungkin lagi teruk jadinya.

 photo calltoaction-1.gif

  *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 *Sebarang pertanyaan atau konsultasi, silakan hubungi saya, SID pilihan ramai

 *COD sekitar Kota Kinabalu POS LAJU ke seluruh Malaysia

Filed Under: Catatan Penyusuan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Find us on Google Plus

Video Pilihan

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Set Hamil Premium

atasi masalah anemia semasa hamil

set bersalin premium kecil

set bersalin premium kecil

Set Penyusuan Premium

atasi masalah susu merudum

Geng Blogger

  • Lobak Ungu
  • Majalah Vitamin
  • My Sar Beauty
  • RujaUtih

Categories

Folow @ Instagram

Jom kongsi

Follow this blog

Visitors

Copyright © 2018 Fyda Noh · Powered by ZBS Networks ·