Ramai orang mengalami masalah kulit dan terus mengalaminya walaupun berkali-kali menukar produk penjagaan kulit kerana gagal mengenali jenis kulit sendiri. Kebanyakan produk yang berada di pasaran diformulasikan mengikut jenis-jenis kulit menepati keunikan ciri-ciri manusia. Jadi, adalah patut setiap orang mengenali jenis kulit sendiri supaya boleh memilih produk yang betul barulah kulit kita akan cantik.
Jadi apa kata petang ni kita buat aktiviti sikit. Anda boleh kesan jenis kulit anda berdasarkan soalan berikut. Jangan risau, tiada markah atau hadiah pun, tapi untuk jadi panduan anda memilih produk penjagaan kulit.
Soalan 1
Bagaimana keadaan kulit muka anda sesudah dibasuh dengan pencuci muka dan air?
a)Tegang, terasa kulit ketat dan tidak cukup untuk wajah
b)Licin dan selesa
c)Kering dan gatal disesetengah tempat
d)Terasa sangat selesa, tiada komen
e)Kering di sesetengah bahgian muka
Soalan 2
Bagaiman keadaan muka anda setelah menggunakan krim pencuci muka?
a)Secara umumnya selesa
b)Licin dan selesa
c)Kadang-kadang selesa kadang-kadang gatal
d)Sangat berminyak
e)Berminyak di sesetengahv tempat dan selebihnya licin
Soalan 3
Bagaimana keadaan kulit anda menjelang tengahari
a)Kelihatan bertompok-tompok
b)Segar dan licin
c)Kelihatan bertompok-tompok dan sedikit kemerahan
d)Berkilat di seluruh muka
e)Berkilat di zon-T
Soalan 4
Berapa kerap kulit wajah anda ditumbuhi jerawat?
a)Sangat jarang
b)Biasanya hampir menstruasi
c)Kadang-kadang
d)Selalu
e)Selalu terutama di zon T
Soalan 5
Bagaiman kulit anda apabila dikenakan penyegar?
a)Terasa perit
b)Tiada masalah
c)Perit dan gatal
d)Rasa lebih segar
e)Rasa lebih segar tapi perit dibeberapa kawasan wajah
Soalan 6
Bagaimana tindak balas kulit terhadap pelembap malam yang berkrim
a)Sangat selesa
b)Selesa
c)Ada masa selesa kadang-kadang rasa perit
d)Kulit menjadi terlalu berminyak
e)Berminyak di zon T tapi selesa di bahagian lain
Keputusan
Jika jawapan anda banyak ‘a’ = kulit kering
Jika jawapan anda banyak ‘b’ = kulit anda normal
Jika jawapan anda banyak ‘c’ = kulit sensitif
Jika jawapan anda banyak ‘d’ = kulit berminyak
Jika jawapan anda banyak ‘e’ = kulit jenis kombinasi
Sudah dapat jawapan jenis kulit anda? Jadi lepas ni boleh pilih produk penjagaan kulit yang betul ye.
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
*Sebarang pertanyaan atau konsultasi, silakan hubungi saya, SID pilihan ramai
*COD sekitar Kota Kinabalu POS LAJU ke seluruh Malaysia
Leave a Reply