Kembali Bertenaga Selepas 3 Hari Bersalin Secara Caeserean
Dekat-dekat nak bersalin ni, saya teringatkan kisah seorang doktor yang bersalin pada waktu pagi dan menduduki peperiksaan Master pada petangnya dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya. (Saya tak berjaya google balik kisah itu). Macam hairan pula, bersalin pagi dan petangnya dah buat kerja lain.
Sudah menjadi kefahaman umum bahawa wanita selepas bersalin perlukan lebih rehat kerana mereka telah menggunakan banyak tenaga sewaktu melahirkan bayi. Berapa tempoh masa ibu berpantang perlu berehat untuk mengembalikan semula tenaganya? Takkan sampai habis sebulan berpantang? Sedangkan ada sesetengah ibu yang berpantang sendiri. Takkan lah nak duduk-duduk rehat saja kan? Mesti ibu perlu juga bangun untuk menyiapkan kerja rumah dan menyediakan keperluan keluarga.
Saya ingin kongsikan testimonial seorang ibu yang bersalin secara pembedahan, tetapi seawal minggu pertama sudah boleh mula bergerak aktif dan membuat kerja rumah. Bukanlah saya nak menidakkan keperluan ibu untuk mendapat rehat yang lebih supaya luka dalaman cepat sembuh dan sembuh dengan baik, tapi berpada-padalah. Kalau sampai nak bangun berjalan dalam rumah sendiri pun tak boleh, lambat juga nak baik luka tu.
Saya baru abes pantang selama 40 hari makan set pantang tu, start 3rd day saya dan bertenaga dan 2nd week saya dah buat kerja rumah walaupun bersalin czer, dan yang penting malam-malam nak berjaga untuk baby tak ada hal punya, sentiasa bertenaga, bila siang tak ngantuk pun…. tapi rasanya kena makan ngan oste la sebab saya sembelit masa pantang tu… heheh
~Puan Sakeena Syful
Bagaimana Set Berpantang Shaklee membantu untuk bertenaga
Energising Soy Protein (ESP)
Dalam set pantang terdapat ESP yang merupakan serbuk protein yang dibuat daripada soya. Mengandungi kesemua 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan, ESP membantu untuk membina sel-sel baru yang lebih baik bagi menggantikan sel yang rosak. Sel-sel baru ini akan menyebabkan fungsi fisiologi badan menjadi lebih baik. Selain itu, protein juga berfungsi untuk memberi rasa kenyang dengan lebih lama dan tenaga yang berpanjangan. ESP juga mempunyai glisemik indeks yang rendah dan membebaskan gula secara berperingkat.
Vitamin B Complex
Vitamin B Complex yang merupakan vitamin yang membantu metabolisme dan memberikan tenaga kepada badan. Vitamin B juga sering dikatakan sebagai vitamin yang boleh mengurangkan tekanan. Namun, kajian tidak menyatakan berapa banyak vitamin B yang perlu diambil untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan tekanan, tapi bagi seseorang yang mengalami masalah kekurangan vitamin B, kesannya mungkin lebih dirasai.
VitaLea (multivitamin)
VitaLea dilengkapi dengan 28 vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan harian tubuh ibu yang baru lepas bersalin. Memang ibu perlu mengambil pemakanan yang seimbang dan sihat berdasarkan piramid makanan, tetapi kadang-kadang pengambilan makanan kita terbatas mungkin disebabkan kekangan masa ataupun penyerapan zat makanan yang tidak berapa baik. Jadi, multivitamin ini membantu melengkapkan pemakanan harian ibu seterusnya membekalkan tenaga untuk keperluan harian.
Vitamin C
Vitamin C Shaklee yang dihasilkan daripada ekstrak jagung adalah kurang berasid dan seuai diambil untuk orang gastrik ataupun semasa perut kosong. Vitamin C berfungsi untuk merangsang penghasilan kolagen yang mempercepat penyembuhan luka. Selain itu, vitamin C juga meningkatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Bayi turut mendapat manfaat ini kerana turut disalurkan melalui susu ibu.
Zink
Zink dipercayai boleh membantu mempercepat penyembuhan luka. Petua tradisional mencadangkan minum pati haruan kerana pati haruan mengandungi kandungan zink yang tinggi. Jadi, zink memang sesuai untuk ibu yang menjalani pembedahan supaya luka cepat sembuh dan ibu boleh bergerak bebas dengan pantas.
Ostematrix
Ostematrix yang mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D adalah 3 jenis mineral yang saling membantu penyerapan antara satu sama lain. Selain membantu menguatkan tulang ibu dan bayi, Ostematrix juga membantu ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit dan kekejangan otot. Bila ibu selesa kerana pembuangan air besar yang lancar dan tiada kekejangan otot, ibu akan lebih cergas dan bertenaga.
Saya harap ibu-ibu yang bakal berpantang tidak melepaskan peluang untuk memiliki set berpantang daripada Shaklee ini kerana set ini telah terbukti banyak membantu ibu dalam pantang untuk mempercepat penyembuhan luka, membebaskan ibu daripada sembelit dan membantu ibu bertenaga dan cergas untuk menjaga bayi yang baru lahir dan anggota keluarga yang lain. Bila mood ibu sentiasa ceria dan gembira, barulah penghasilan susu menjadi lancar dan membantu penyusuan ibu.
Untuk bulan November 2015, Shaklee menawarkan diskaun 5% untuk setiap penyertaan sebagai ahli dengan pembelian Set Berpantang Premium ini. Ada peluang ibu dapat bonus bulan depan. OK ke OK?
Jadi, segera hubungi saya untuk tempahan atau sekadar nak sembang-sembang pun boleh,
Fyda Noh : 012 621 1883
Dulu saya pun pantang dan jaga sendiri je. Boleh je tapi tak bolehlah laju laju. Berpada padalah sebab awal awal memang kita letih tak bertenaga.
rahimah recently posted…6 Hari 5 Malam Bercuti Di Bukittinggi Dan Padang Indonesia
Ya, memang lepas bersalin kena banyak jaga sebab badan masih letih dan banyak luka sana-sini 🙂
wahhhh.. banyak betul fungsi shaklee rupanya.. boleh bagitahu pada isteri nie….
Media Sensasi recently posted…3 Gambar Terbaru Bekas Suami Rozita Che Wan
Memang banyak fungsinya… Boleh bagitau isteri, encik pun boleh cuba juga. Kalua perlukan bantuan atau pertanyaan, jgn segan hubungi saya ya
Set yang lengkap untuk ibu yang mengandung. Kalau mampu memang patut dapatkan set ni..
Sani recently posted…Contest Review Lynk.my 2015
Sebenarnya set shaklee tak mahal pun, sebab tahan lama boleh consume berbulan-bulan