Fyda Noh [dot] com

Dunia Penyusuan Ibu

  • Utama
  • About
  • Produk Shaklee
  • Order Form
  • Hubungi Fyda
  • Topik Blog
    • Catatan Bisnes
    • Catatan Kehamilan
    • Catatan Kesihatan
    • Catatan Shaklee
    • Catatan Penyusuan
    • Catatan Testimonial
  • Checklist Kesihatan
You are here: Home / GLA Complex / GLA Shaklee vitamin wanita pelbagai peringkat usia

GLA Shaklee vitamin wanita pelbagai peringkat usia

By 2 Comments

GLA Shaklee vitamin wanita pelbagai peringkat usia

Baru-baru ni terdapat satu kes dimana GLA Complex Shaklee telah diaibkan, kononnya vitamin yang menjadi teman baik wanita ini telah bertukar menjadi musuh apabila menyebabkan fibroid kepada seorang wanita. Post di Facebook itu telah menjadi sangat viral sehinggakan ramai wanita yang serta-merta meninggalkan GLA.

Pihak Shaklee di Malaysia mahupun di US menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan bersedia berbincang dengan empunya badan atau pegawai perubatan yang bertanggungjawab merawatnya. Semoga kes itu dapat diselesaikan dengan baik kerana Shaklee telah membelanjakan jumlah yang agak besar untuk menjalankan ujian klinikal bagi memastikan produknya berkualiti, berkesan dan selamat.

Bagi yang tak tahu cerita, boleh klik di sini.

Jadi, jangan risau ye, GLA tak menyebabkan fibroid atau cyst. Cuma mungkin jika anda mempunyai fibroid atau cyst, mungkin mula menunjukkan simptom selepas mengamalkan GLA kerana krisis penyembuhan.

 GLA Complex Shaklee sering dikaitkan dengan kesuburan. Memang dah ramai wanita yang susah dapat anak menerima berita gembira selepas mengamalkan GLA Shaklee. Jadi, ramai orang ingat GLA untuk subur je. Tak semua orang lah boleh makan. Ye dok?
Sebenarnya ada banyak lagi fungsi dan kebaikan GLA ni. Sesuai untuk lelaki dan perempuan juga walaupun bila sebut GLA je memang kaum hawa mendominasi lah.
Baca tentang GLA Complex Shaklee di sini.
 
Mengawal keseimbangan hormon wanita

Setiap bulan, kebanyakan wanita akan mengalaminya sama ada biasa-biasa je atau teruk. Macam-macam simptom pun ada. Ada yang saya dengar seorang wanita tu, tiap-tiap bulan pun nak potong wayar TV sebab PMS simptom. Walaupun tiada bukti menunjukkan omega-6 boleh mengurangkan simptom PMS namun ramai wanita mengatakan simptom prahaid mereka terutama sakit payudara dan mood swing berkurang.
Wanita-wanita ini juga mengakui bahawa senggugut mereka juga semakin berkurang.
Selain itu, GLA juga membantu dalam mengecutkan cyst dan fibroid yang bersaiz kecil. Jika terlalu besar, mungkin pembedahan diperlukan.

Meningkatkan kesuburan wanita

Selain mengawal keseimbangan hormon dan menyelesaikan masalah haid tidak teratur yang menjadi punca ketidaksuburan seorang wanita, GLA juga dipercayai dapat memanjangkan jangka hayat sperma dan meningkatkan peluang persenyawaan.
GLA yang bersifat anti-radang boleh mengurangkan keradangan dalam saluran pembiakan yang menghalang pergerakan sperma dan ovum.
GLA juga membantu kesuburan dengan meningkatkan mukus pada serviks dan menguatkan rahim. Namun, pengambilan GLA oleh wanita hamil tidak disarankan kerana GLA boleh menyebabkan kecacatan janin dan boleh mengecutkan rahim, jadi dikhuatiri terjadinya kelahiran pramatang.
Cara makan GLA untuk kesuburan.

 
Mengawal simptom menopause

Walaupun tiada kajian kukuh mengenai simptom menopause namun ramai wanita yang mengaku GLA berjaya mengurangkan simptom pra menopause mereka.

Menyelesaikan masalah kulit

GLA dikatakan telah digunakan oleh orang zaman dulu untuk merawat eczema dan alahan pada kulit. Namun kajian terbaru memberikan bukti yang berbeza. Mungkin kerana sifatnya yang anti-radang menyebabkan GLA mampu merawat penyakit kulit. Adalah lebih baik berbincang dengan doktor sebelum memulakan GLA untuk rawatan diatas.
GLA juga boleh digunakan untuk kulit kering, bintik penuaan, jangkitan kulat atau kurap. Pendek kata, GLA juga adalah suplemen untuk awet muda kerana turut melambatkan proses penuaan.

Osteoporosis

Kekurangan GLA dalam darah juga menjadi punca seseorang mengalami kereputan tulang. Dalam satu kajian terhadap wanita berusia 65 tahun keatas yang mengalami osteoporosis, pengambilan suplemen GLA mengurangkan kehilangan jisim tulang dalam 3 tahun berbanding yang mengambil placebo.

Melancarkan peredaran darah

Dengan mempunyai fungsi untuk mencairkan darah, GLA turut melancarkan peredaran darah. Jika anda mengambil ubat untuk mencairkan darah, GLA tidak sesuai untuk anda.

 IMG_7688.JPG
Nota kaki: Untuk wanita yang sedang berikhtiar untuk dapatkan anak, saya cadangkan sekurang-kurangnya anda mengambil set basic kesuburan iaitu GLA Complex, Alfalfa Complex dan vitamin B Complex yang boleh meningkatkan kesuburan dan peratusan kehamilan juga akan meningkat.
Alfalfa Complex berfungsi seperti kacip fatimah yang menjaga dalaman wanita sementara vitamin B Complex menyediakan rahim yang baik untuk tujuan kehamilan.
Hubungi saya segera untuk sebarang konsultasi dan tempahan
Fyda Noh
012-6211883
fydanoh@gmail.com

 

 

 

Filed Under: GLA Complex, Produk Shaklee Tagged With: borage, GLA, GLA Complex Shaklee, GLA untuk wanita

Comments

  1. ema says

    11/09/2014 at 3:32 am

    produk shaklee adalah terbaik.
    ema recently posted…Kenduri Kahwin SentulMy Profile

    Reply
    • fydanoh says

      11/09/2014 at 5:06 am

      Alhamdulillah, setakat yang saya jumpa Shaklee terbaik dan ngam ngan badan saya

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Find us on Google Plus

Video Pilihan

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Set Hamil Premium

atasi masalah anemia semasa hamil

set bersalin premium kecil

set bersalin premium kecil

Set Penyusuan Premium

atasi masalah susu merudum

Geng Blogger

  • Lobak Ungu
  • Majalah Vitamin
  • My Sar Beauty
  • RujaUtih

Categories

Folow @ Instagram

Jom kongsi

Follow this blog

Visitors

Copyright © 2018 Fyda Noh · Powered by ZBS Networks ·