Duit Tak Dapat Beli Kebahagiaan, Tapi Boleh Buat Bayar Bil
Baru-baru ini ada seorang wanita datang ke klinik mengadu selsema. Selepas saya bagi ubat, dia tetap tak berganjak. Daripada mukanya macam nak beritahu sesuatu, apalagi kebetulan masa tu pembantu saya tiada dalam bilik. Hanya kami berdua sahaja. Saya pun tanyalah, ada apa-apa akak nak tanya ke?
Terus terhambur air matanya. Terus saya bangun, kunci pintu. Ni kes bahaya dah ni. Berceritalah si kakak tadi, bahawa dia sebenarnya mengalami tekanan sejak harga barang meningkat, sedangkan dia tidak bekerja dan suaminya kerja biasa-biasa. Belanja dapur sering tak cukup. Suami memang bagi duit belanja tapi jumlah yang sama. Mana lah cukup dengan harga barang yang naik sekarang. Kadang-kadang sampai dia dan suami bergaduh kerana masalah kewangan. Kadang-kadang rasa tak semangat nak hidup. Yang dia paling risau anak-anaknya terabai.
Tak dinafikan duit tak dapat membeli kebahagian, tapi kalau dah sampai jadi macam ni. Setiap hari tertekan, bergaduh suami isteri, anak-anak terabai. Bahagiakah? Jadi, duit juga adakah makhluk yang sangat penting juga dalam dunia ni untuk bahagia.
Hari tu saya ada hadiri seminar anjuran Abang Abu, mekanik wang mengenai cara menguruskan duit. Ada 2 cara untuk pastikan duit belanja cukup tiap-tiap bulan:
1.Kurangkan belanja yang tak perlu
- Kalau dah terbiasa belanja macam tu setiap bulan, mungkin susah sikitlah nak kurangkan belanja kan? Tapi itulah yang kita kena belajar. Mana-mana belanja yang tak wajib tu, boleh dikurangkan. Mungkin setiap hari masak sendiri & tak perlu banyak makan, yang penting seimbang, cukup segala nutrisi yang diperlukan.
2.Tambahkan pendapatan
- Ini pun macam-macam boleh buat. Antaranya ialah berniaga online macam saya. Kalau nak join boleh klik saya nak kaya dan saya akan bantu anda penuhi impian.
Bagaimana merancang belanja.
Setiap bulan, kita ada tanggungjawab kewangan tersendiri. Kita boleh bagi 4 kotak macam kita nak rancang masa tu.
1. Kepentingan tinggi dan tekanan tinggi
Maksudnya perbelanjaan ini wajib kena buat. Kalau tak belanja, memang tak boleh hidup kita. Contohnya sewa rumah, ansuran kereta dan belanja-belanja dapur. Tapi, belanja ni yang paling banyak, iaitu 60% daripada pendapatan. Pandai-pandailah adjust macam mana asal yang wajib dibayar tu tak melebihi 60%.
2. Kepentingan tinggi dan tekanan rendah.
Maksudnya benda ni penting, tapi kira rasa macam tak buat pun tak apa. Iaitu, bersedekah, menghadiri majlis ilmu dan pelaburan. Kita nampak macam tak ada kepentingan tapi manfaatnya sangat besar untuk kehidupan kita.
3. Kepentingan rendah dan tekanan tinggi
Maksudnya benda-benda yang tak penting tapi kita kena selesaikan segera. Contohnya kereta rosak atau barang-barang lain rosak yang perlu dibaiki segera. Kadang-kadang macam dah jadi rutin untuk sesetengah orang, asal dapat gaji je, terus ada barang nak rosak. Sediakan 5% untuk dia.
4. Kepentingan rendah dan tekanan rendah
Yang ini Abang Abu ibaratkan macam sampah. Contohnya jalan-jalan anak minta mainan. Tak ada apa-apa kepentingan dan kalau boleh memang tak nak beli pun. Tapi sedialah juga 5%. Mana tau kan?
Nak tak nak, inilah yang kita kena hadapi dalam kehidupan hari ni. Usahkan nak simpan duit atau bersedekah, untuk guna sendiri kadang-kadang tak cukup.
Takkan nak duduk-duduk je dan menangis mengenangkan nasib. Sebab ramai lagi orang yang lebih malang daripada kita. Apa saja tindakan kita hari ni menentukan siapa kita di masa depan.
Kalau sanggup nak kurangkan belanja setiap bulan, silalah susun balik dan rancang belanja sendiri, tapi kalau nak dapatkan yang 60%, iaitu yang bayar sewa rumah, bil-bil dan sebagainya saya boleh kongsikan pengalaman seorang wanita ni. Kalau berminat, boleh pm saya atau whatsapp di 012 621 1883
hmmm.. duit antara salah satu punca pergaduhan di Malaysia ni.. kalu tak cukup duit mcam2 masalah timbul..
yg penting ikhtihar dan berusaha