Cara Menyusukan Bayi Pramatang Supaya Berat Bayi Cepat Naik
Sabariah berasa begitu gembira hari ini kerana bayinya yang dilahirkan pramatang iaitu hanya 33 bulan bakal dikeluarkan dari inkubator selepas hampir 3 minggu berada dalam kotak kecil itu kerana masalah pernafasan.
Bila bayi yang diberi nama Elena itu bebas, Sabariah tak sabar-sabar untuk menyusukannya kerana sepanjang Elena berada di dalam kotak itu, Elena hanya minum susu melalui tiub. Kadang-kadang jururawat bagi susu formula dan makanan tambahan. Kata mereka, susu Sabariah tidak cukup zat untuk bayi pramatang.
Sumber : baby.lovetoknow.com
Siapakah bayi pra-matang
Kelahiran pramatang adalah apabila ibu melahirkan bayi 3 minggu sebelum tarikh dijangka bersalin. Ketika itu, badan ibu sudah bersedia untuk melahirkan walaupun belum sampai masanya.
Kebanyakan ibu yang saya temui mengadu tiada apa-apa masalah sebelum bersalin. Bayi tiba-tiba keluar. Kebiasaan kes-kes begini terjadi mungkin kerana penjagaan yang tidak berapa baik semasa mengandung.
Beberapa faktor risiko lain yang boleh meningkatkan kelahiran pramatang termasuk:
- Ibu merokok, minum alkohol atau penyalahgunaan dadah semasa hamil.
- Berat badan berlebihan atau kurang daripada 45kg sebleum mengandung.
- Masalah kesihatan ibu sepeti tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah pembekuan darah dan jangkitan.
- Ibu mempunyai masalah kecacatan pada serviks atau uterus.
- Kecacatan pada bayi yang menjadikannya mustahil untuk meneruskan kehidupan.
- Bayi yang disenyawakan melalui kaedah In-vitro fertilisation (IVF).
- Jarak kehamilan yang dekat, iaitu kurang 2 tahun.
- Mengandungkan lebih daripada 1 bayi.
- Sejarah sendiri atau sejarah keluarga yang pernah melahirkan bayi pramatang.
Namun kegembiran Sabariah tak lama apabila kali pertama mendukung Elenan dan cuba menyusukannya Elena seolah-olah menolak, dan tidak mahu menghisap puting Sabariah. Puas dia tolak lembut-lembut dan tonyoh-tonyoh putingnya ke mulut Elena, namun tetap hampa. Sabariah mula kesal kerana membenarkan Elena dimasukkan ke dalam inkubator. Oleh sebab dia sudah biasa mendapat susu daripada tiub, itulah sebabnya dia tidak mahu menyusu badan.
Apa lagi yang diharapkan oleh seorang ibu selain daripada menyusukan bayi yang begitu lama berada begitu dekat dengannya.
Masalah penyusuan bayi pra-matang
Sesuai dengan namanya pramatang, bayi ini mempunyai masalah anatomi dan fisiologi yang belum benar-benar matang. Sudah tentu akan mengalami masalah dalam penyusuan selain daripada masalah perubatan yang memerlukan pemerhatian lanjut yang tak dibincang dalam entry ini.
Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi-bayi ini kerana susu ibu memang tersedia sesuai dengan keperluan bayi dan keadaan badan mereka yang sangat rapuh dan imuniti yang rendah. Mempunyai lebih kalori, vitamin dan protein akan memberi bayi kelebihan untuk pembesaran yang cepat. Selain itu, susu ibu pra-matang juga mengandungi lebih banyak sel-sel hidup untuk melindungi bayi daripada jangkitan.
Sebaiknya, bayi-bayi ini diberi susu ibu yang paling segar. Oleh sebab itu, jika bayi boleh menghisap seeloknya biarkan saja bayi menghisap dari payudara. Sekiranya tidak boleh, paling elok diberi susu yang baru diperah kerana kandungan antibodi belum rosak dan belum tercemar.
Namun, tidak semua hospital membenarkan ibu bapa melawat bayinya 24 jam. Jadi beberapa panduan untuk penyusuan bayi pramatang yang berada dalam wad (inkubator):
- Hantar susu perahan setiap hari kerana susu untuk bayi pramatang hanya bertahan selama 24 jam sahaja
- Jangan dibekukan susu perahan kerana ia tidak sesuai untuk bayi pramatang.
- Cuba dapatkan lapisan paling atas susu ibu, iaitu yang lebih berlemak untuk kalori yang lebih tinggi.
- Simpan susu dalam bekas mengikut keperluan bayi untuk mengelakkan pembaziran.
- Labelkan tarikh, masa perahan dan nama bayi sebelum susu dihantar ke hospital.
- Tukar susu lebihan di dalam peti sejuk wad dengan susu yang anda bawa setiap kali menghantar susu.
Disebabkan bayi mengalami kesukaran untuk menghisap secara langsung daripada payudara ibu, ibu disarankan supaya mengepam susu setiap 2-3 jam untuk memastikan bekalan susu ibu yang cukup kepada bayi. Sementara menunggu otot-otot bayi membangun, ibu boleh memulakan penyusuan dengan menggunakan sudu atau cawan. Penggunaan botol tidak digalakkan kerana bayi boleh keliru antara puting botol dan puting ibu.
Biasaya, untuk bayi yang kurang daripada 2kg, pihak hospital akan menahan dulu bayi di wad sehingga beratnya mencapai 2kg kerana pelbagai komplikasi yang mungkin akan berlaku terhadap bayi yang terlalu rendah berat badan. Antaranya ialah paras gula yang tidak stabil dan suhu badan yang mudah jatuh. Penjagaan rapi diperlukan di rumah, jadi tentu agak sukar untuk ibu memantau bayi di rumah. Jadi, lebih baik bayi dibenarkan pulang selepas keadaannya stabil.
Bayi pramatang, tidak pandai meminta-minta, tidak seperti bayi cukup bulan. Maksudnya, sukar untuk menentukan bayi itu lapar kerana mereka lebih gemar untuk tidur. Jadi, penyusuan atas permintaan (feeding on demand ) mungkin tidak berkesan kepada mereka, sebaliknya ibu mesti ada jadual untuk menyusukan bayi.
Mereka juga lebih cenderung untuk minum susu dengan kuantiti yang sedikit, sesuai dengan saiz perut mereka. Jadi, ini memberi kerisauan kepada ibu sama ada bayinya cukup susu. Jadi, ibu perlu belajar kuantiti susu yang diminum setiap kali dan menetapkan jadual untuk menyusukan bayi.
Penjagaan bayi pramatang memang memerlukan semangat dan kesabaran yang tinggi. Setiap bayi adalah berbeza-beza keadaannya walaupun usia sama. Apabila otot muka bayi sudah berkembang dan bayi mampu menghisap, penyusuan secara langsung boleh diteruskan.
Kisah ibu yang susukan bayi pra-matang 27 minggu
Langkah-langkah untuk menjayakan penyusuan bayi pramatang
Langkah 1. Pastikan sentuhan kulit ke kulit berlaku secepat mungkin sebaik sahaja bayi stabil. Posisi ini yang dipanggil ‘kanggaroo care’ boleh dilakukan sekerap mungkin jika bayi stabil. Jika bayi mengalami masalah kesihatan yang memerlukan bayi dimasukkan ke dalam inkubator, ibu mesti melawat bayi setiap hari. Jika dibenarkan ibu boleh menyentuh kulit bayi dan berbicara dengannya. Ibu juga boleh meminta kebenaran untuk menyusukan bayi walaupun menggunakan tiub. Sesetengah hospital memang membenarkan ibu berbuat demikian.
Langkah 2. Letakkan mulut atau hidung bayi berdekatan dengan puting ibu.
Langkah 3 & 4. Rangsang bayi dengan air susu ibu. Cuba titikkan beberapa titik susu ibu ke mulut bayi. Bayi mungkin akan menjilat puting atau membuka mulut dan mencium bau susu ibu. Bayi juga mungkin akan cuba-cuba untuk menghisap pada puting.
Langkah 5. Rangsang ‘rooting refleks’ bayi dengan menyentuh hujung bibirnya. Bayi dalam keadaan tersedar akan mencari-cari payudara. Cuba masukkan jari ke dalam mulut bayi untuk memastikan bayi boleh menghisap dengan baik.
Langkah 6. Bila bayi mula mencari-cari payudara dan menunjukkan minat untuk menyusuan, dapatkan posisi yang baik untuk pelekapan.
Langkah 7. Bayi akan mula menghisap pada payudara. Ini menunjukkan bayi sedang menguasai kemahiran menghisap susu ibu. Pada peringkat awal, mungkin hanya 1-2 kali hisapan sahaja yang akan lebih maju untuk beberapa lama.
Langkah 8. Apabila bayi semakin mahir untuk menghisap susu, inilah masanya untuk menimbang berat bayi sebelum dan selepas penyusuan ibu dimulakan. Mungkin pada peringkat ini, jika berat bayi bertambah,penyusuan melalui cawan atau tiub boleh dikurangkan.
Ibu-ibu memang berdebar para peringkat ini. Maklumlah, jika berat meningkat, tanda rumah semakin kata mari.
Langkah 9. Menyusukan bayi mengikut permintaan dan juga mengikut jadual.
Langkah 10. Ibu dan bayi perlu sentiasa berkepit untuk meneruskan penyusuan ibu.
Boleh baca lebih lanjut di sini.
Langkah-langkah diatas perlu diulang sehingga penyusuan berjaya. Setiap kali waktu penyusuan, bayi mungkin tidak berada pada langkah yang sama. Mungkin pada satu masa, dia berada pada langkah ke-4 dan mungkin untuk penyusuan lain dia berapa pada langkah ke-6.
Sumber : drjengunter.wordpress.com
Saya memahami agak sukar untuk menjaga bayi pramatang. Jadi sepanjang tempoh berada di wad, sebaiknya ibu mengambil sepenuh peluang dan masa untuk mengenali bayi dan mengorek sebanyak mungkin maklumat daripada mereka yang pakar, sama ada doktor, jururawat atau pun pakar penyusuan.
Untuk naikkan berat badan bayi cepat-cepat, kenalah klik kat sini.
Anda juga boleh tonton video perkongsian seorang ibu yang berjaya menyusukan bayi yang yang pramatang. Kalau dia boleh, ibu lain pun pasti ada jalannya.
Sebarang pertanyaan atau cadangan, jangan segan hubungi saya ye,
Fyda Noh,
012 621 1883
fydanoh@gmail.com
saya suka baca setiap entri dalam blog anda. tahniah kerana anda ada blog yg menarik.. jemput blogwalking..
Kak yatiadam recently posted…CANTIK UNTUK SUAMI.
Terima kasih atas sokongan.. 🙂
buka semua baju baby tu maksudnya just pakai pampers je ek?
Ya, pakai pampers saja kalau tak mau dikencing baby 🙂
memang mencabar menjaga bayi pramatang ni.moga diberi kesabaran buat ibu berhdapan bayi pramatang
Ya, betul tu rika. Memang ibu2 yang ada kekuatan luar biasa je boleh jaga bayi pramatang ni..