Benarkah Ibu Kurang Berat Badan Menghasilkan Susu Yang Sedikit?
Rata-rata ibu selepas bersalin mesti akan mencari jalan untuk menurunkan berat badan. Hampir kesemua ibu yang hubungi saya atau yang saya temui di klinik mesti nak turunkan berat badan. Rupanya ada juga ibu yang hampir bersalin risau sangat tak dapat hasilkan susu untuk bayinya kerana dia sangat kurus. Risau sangat dia.
Kajian menunjukkan ibu yang mengalami masalah kurang berat sebenarnya mampu menghasilkan susu yang cukup untuk bayinya dan boleh simpan stok susu seperti ibu-ibu lain. Menurut WHO dan UNICEF walaupun ibu mengalami kekurangan zat makanan, namun nutrisi yang terdapat dalam susu ibu masih lagi lengkap dan tetap terbaik untuk bayi.
Namun, kekurangan yang dialami ialah kandungan lemak, gula dan zat mungkin turut berkurang kerana ketiga-tiganya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pemakanan ibu.
Apa yang paling penting untuk ibu menyusu ialah pengambilan kalori yang mencukupi kerana ibu memerlukan lebih banyak tenaga untuk menghasilkan susu. Keperluan kalori tambahan yang diperlukan oleh ibu menyusu ialah 500 kalori setiap hari sepanjang penyusuan. Namun, proses penghasilan susu ibu tetap berlaku walaupun kekurangan kalori. Jadi, sekiranya ibu tidak mendapat makanan yang berkhasiat atau tidak memenuhi keperluan kalori, ia tidak mengganggu penghasilan susu ibu, sebaliknya memudaratkan kesihatan ibu sendiri.
Jadi, ibu seharusnya memastikan pengambilan diet harian adalah lengkap. Bukan sahaja kepada ibu yang kurang berat badan, malah semua ibu pun patut mengamalkan amalan diet yang sama. Jadi, ibu boleh menumpukan kepada menu yang berkalori tinggi, mempunyai kandungan protein tinggi, karbohidrat kompleks dan minyak sayuran.
Antara makanan sihat yang tinggi kalori ialah :
- Pisang
- Telur
- Ubi kentang
- Minyak zaitun
- Mi
- Pasta
- Ubi keledek
- Avokado
Pesanan untuk ibu yang kurang berat
- Makan dengan teratur, dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Seboleh-bolehnya 2-3 jam perut sudah perlu diisi semula.
- Amalkan pengambilan makanan tinggi protein atau suplemen protein jika perlu.
- Amalkan pengambilan kalsium dan vitamin D.
Rahsia saya
Saya juga adalah antara ibu-ibu yang kurang berat badan. Selepas bersalin, berat badan saya hanya 40kg sahaja. Nak tahu apa yang saya amalkan? Boleh hubungi saya (Fyda : 012 621 1883). Kalau nak sembang-sembang saja pun boleh kontek juga.
Leave a Reply