Fyda Noh [dot] com

Dunia Penyusuan Ibu

  • Utama
  • About
  • Produk Shaklee
  • Order Form
  • Hubungi Fyda
  • Topik Blog
    • Catatan Bisnes
    • Catatan Kehamilan
    • Catatan Kesihatan
    • Catatan Shaklee
    • Catatan Penyusuan
    • Catatan Testimonial
  • Checklist Kesihatan
You are here: Home / Kehidupan / Apa Jadi Kepada Bayi Bila Emosi Ibu Tidak Stabil?

Apa Jadi Kepada Bayi Bila Emosi Ibu Tidak Stabil?

By 3 Comments

Apa jadi kepada bayi apabila emosi ibu tidak stabil?


Rutin biasa klinik ibu anak di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, selepas bayi berusi 1 bulan, temujanji akan diberikan untuk berjumpa doktor sekadar memastikan ibu dan bayi dalam keadaan sihat. Saya memang seronok bertemu ibu-ibu yang membawa anak syurganya waktu ini kerana biasanya sesi itu akan bertukar menjadi sesi tanya khabar.

Namun, ada juga perasaan terkilan dengan sesetengah ibu yang telah memberika susu formula kepada bayi yang masih belum habis pantang. Alasan paling banyak saya terima ialah memang tiada susu sejak hari pertama bayi lahir, susu kurang dan bayi asyik menangis dan tak kurang juga memberi alasan mereka akan mula bekerja dan bayi perlu dibiasakan dengan susu botol. Yang menyedihkan, tiada usaha susulan sebelum memulakan susu formula. 

susu ibu
Doktor : Saya sedih sangat bayi awak belum sampai 3 bulan awak dah kasi susu formula
Ibu : Saya kerja doktor, nanti susah nak tinggalkan dia kat pengasuh

Secara teorinya, penghasilan susu ibu dikawal oleh dua jenis hormon utama iaitu prolaktin dan oxytocin. Prolaktin merangsang penghasilan susu manakala oxytocin mengawal pengeluaran susu atau rekleks let down dari kelenjar susu.  

Paras prolaktin dalam seorang wanita yang tidak mengandung dan tak menyusu adalah kurang dari 25 nanogram/mililiter. Apabila sudah cukup bulan, tahap prolaktin meningkat ke peringkat tertinggi iaitu 200 ng/ml, tapi pada masa ni susu masih belum keluar kerana hormon estrogen dan progesteron masih tinggi. Selepas bayi dilahirkan, hormon prolaktin menurun kepada 100 ng/ml. Ibu yang baru bersalin disarankan menyusukan bayinya dalam 30 minit atau sejam yang pertama bagi merangsang pengeluaran prolaktin. Ketika ini, hormon estrogen dan progesteron mengalami penurunan, maka susu ibu mulai terhasil. Dan disebabkan penurunan hormon estrogen dan progesteron, maka proses ovulasi tidak berlaku dan kitaran haid mengalami kecelaruan sedikit, sebab itulah ibu yang menyusu tidak period. Namun, ada juga special case yang ibu mengandung walaupun menyusu, jad jika ibu ingin menjarakkan kandungan lebih baik menggunakan kaedah merancang keluarga, tapi pilih yang selamat..
Fungsi oxytocin pula ialah untuk pengecutan otot, apabila otot di kawasan payudara mengecut, susu akan dikeluarkan. Hormon oxytocin juga penting dalam pengecutan rahim dan mengelakkan berlakunya tumpah darah selepas bersalin. Hormon ini juga dikenali sebagai ‘hormon cinta’, kerana ia dilepaskan sebaik saja bayi dilahirkan, memberikan perasaan senang dan gembira kepada ibu tersebut, setelah berhempas pulas melahirkan anaknya. Hormon ini juga terhasil semasa orgasma, jadi tak hairan ada ibu yang keluar susu ketika bersama suami.
Pakar-pakar bersetuju bahawa hormon prolaktin distimulasi oleh aktiviti mengosongkan payudara iaitu, HISAPAN BAYI dan mengepam. Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu badan dihasilkan. Hormon oxytocin pula berkaitan dengan emosi, yang biasanya dirembeskan dalam emosi ibu yang senang dan gembira. Misalnya ibu mudah mengalami letdown apabila bayinya lapar, semasa dalam keadaan seronok dan bahagia.


Hisapan bayi/mengepam (prolaktin) 
+ 
emosi yang ceria (oxytocin) 
–> penghasilan susu ibu
Jadi, siapa perlukan milkbooster???
Milk booster adalah dipercayai makanan atau bahan yang boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu. Namun, jika formula penghasilan susu ibu adalah seperti diatas, di mana fungsi milk booster ini? Adakah milk booster benar-benar berkesan? Kenapa kesan pengamal milk booster tidak sama antara satu sama lain?
Salah satu sebabnya ialah yang kedua tadi – oxytocin. Ia berkaitan dengan mindset. Bila ibu berada dalam keadaan ceria, tenang, serta yakin dengan keupayaan diri untuk menghasilkan susu, maka oxytocin akan diaktifkan! Maka apabila ibu mula menyusukan dan mengepam, letdown refleks lebih mudah berlaku. Bila keadaan ibu stress, badan penat, rasa tertekan, penghasilan hormon oxytocin juga akan menurun.
Bagi sesetengah orang, milk booster adalah perkara baru, walau hakikatnya ia telah digunakan sejak berzaman. Biasanya, berkait dengan pemakanan seseorang. Apabila mengalami masalah susu kurang dan ibu dipengaruhi faktor persekitaran seperti, ada yang suruh minum air rebusan longan kering, pucuk betik, mengambil pil hormon dan sebagainya, jika ibu itu mempunyai keraguan, risau kemungkinan dia tidak mapu menyusuakan bayi, dia akan mengalami stress, lalu hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Walau bagaimanapun, ia berbalik kepada yang asas. Umpama sepohon tanaman, selain benih yang baik, untuk hidup dengan subur memerlukan tanah yang baik, air yang cukup, cahaya matahari yang cukup, udara yang kaya dengan oksigen.  Begitu juga dengan ibu menyusu (dan manusia lain juga), kita memerlukan asas yang cukup untuk menjadikan tubuh badan dan emosi kita sihat. Kebanyakan orang yang mengalami masalah tekanan perasaan, tubuh badan yang penat, kelihatan lebih berusia, adalah mereka yang mengalami kekurangan benda asas tersebut. 
Apakah benda asas tersebut? Ya, itulah nutrisi yang lengkap dan mencukupi. Kekurangan vitamin B misalnya menyebabkan seseorang mudah hilang arah, mudah stress dan tertekan. Maka tepatlah bila sayuran hijau dikatakan milk booster – sayuran hijau yang kaya dengan vitamin B memberikan ketenangan kepada mereka, seterusnya mengaktifkan hormon oxytocin.Vitamin B yang lengkap juga menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan seseorang lebih bertenaga dan tidaklah kelesuan sepanjang hari. Bila ada tenaga, kita pun dapat buat kerja dengan gembira. Bayangkan bila kita tak penat, walaupun anak asyik melalak, kita okey saja. Bayangkan kalau kita penat, lesu, anak buat hal, mestu rasa nak tempeleng je. Begitu juga fungsi tubuh ibu yang lain yang perlu dijaga dan dilengkapkan keperluan vitamin dan mineralnya.
Kandungan protein dalam susu ibu pula dipengaruhi oleh protein intake ibu tersebut. Ibu menyusu memerlukan protein yang cukup dalam diet harian.
susu ibu
Bahagia ibu-ibu ni menyusukan bayi mereka. Ada sebab ke untuk tertekan bila menyusu bayi?

Situasi susu merudum yang melibatkan hormon:

  • Semasa sebelum haid, susu merudum kerana hormon estrogen dan progesteron yang tinggi menyekat penghasilan hormon prolaktin
  • Setelah anak mulai mengambil makanan pejal kerana hormon prolaktin menurun sehingga 50 ng/ml selepas 6 bulan bayi dilahirkan.
  • Semasa stress kerana hormon cortisol meningkat dan menghalang penghasilan oxytocin dan ia perlu diatasi dengan meningkatkan hormon oxytocin agar ibu tidak stress dan lebih banyak susu dihasilkan.
Bagaimana untuk menghadapi susu merudum yang melihatkan perkara di atas:
  • Tambah dan gandakan sessi penyusuan dan mengepam. Lakukan power pumping jika perlu.
  • Dapatkan rehat yang cukup agar ibu lebih tenang.
  • Dapatkan nutrisi yang tepat dan lengkap supaya tubuh mendapat segala keperluan untuk kesihatan fizikal dan mental.
YANG PENTING IALAH MINDSET!
susu ibu
Bagaimana let down refleks berfungsi

Mindset I:
SUSU IBU ADA – walaupun sedikit, susu ibu tetap ada. dan  memang cukup untuk keperluan bayi kerana saiz perut bayi yang sangat kecil. Bila susu sikit, ibu merasakan susu tidak cukup, lalu mesej ini dihantar kepada otak bahawa susu ibu tiada dan perlu menyediakan alternatif lain.
Mindset II:
MENYUSU ITU PERLU – selepas bayi dilahirkan, paras prolaktin dalam tubuh ibu menurun hingga 50%. Sekiranya ibu tidak mula menyusukan dalam minggu pertama, kemungkinan besar paras prolaktin terus menurun hingga ke paras sebelum hamil dan bersalin. Jadi, penyusuan pada minggu pertama adalah penting untuk dimulakan. Bagi ibu yang tidak boleh menyusukan secara terus (mungkin bayi mengalami masalah kesihatan) disarankan mengepam susu untuk keperluan bayi, bagi mengekalkan paras hormon prolaktin.
Mindset III:
PENYUSUAN ADALAH SEMULAJADI – bukan disebabkan longan kering, pucuk betik mahupun urutan bidan. Penyusuan adalah prolaktin, dan prolaktin adalah hisapan bayi. Namun, untuk menjayakannya perlukan ilmu bukan main taram je.
Mindset IV:
FEED THE MOTHER TO FEED THE BABY – Anugerah Allah terhadap susu ibu walapun si ibu kurang nutrisi, dalam kes ibu kebuluran misalnya, namun susunya tetap berkhasiat untuk bayi. Tapi itu bukan alasan untuk ibu-ibu yang mampu mendapatkan nutrisi terbaik. Umpama bandingan orang miskin yang tak mampu berkereta dengan orang kaya. Kenapa pula si kaya tak mahu beli kereta sebab “Si miskin tak berkereta pun boleh hidup”? Nutrisi yang baik dan lengkap bukan saja menjadikan ibu lebih sihat, malah lebih bertenaga dan lebih ceria. Bukankah itu lebih bagus? Feed the mother dengan ilmu penyusuan dan nutrisi yang tepat dan lengkap, agar penyusuan terhadap bayi dapat dilakukan dengan baik.
Akhir sekali ia tetap berbalik kepada rezeki…Namun ingatlah, Allah itu Maha Sempurna, setiap perkara yang dimulakan, akan disempurnakan. Jadi bila Allah dah beri kita ilham untuk menyusukan, sempurnakanlah.
Bila anda fikir anda tak ada susu atau tak cukup susu… fikir sekali lagi.

Pengorbanan yang sekejap memberi kebaikan sepanjang hayat.

susu ibu
Siapa kata tak boleh susukan bayi semasa bekerja?
Tapi ini mungkin berlebihan sikit.
Taruk susu ibu dalam botol cukup..
p/s: Hormon prolaktin yang tinggi semasa penyusuan merendahkan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan ‘bone loss’. Ini memberi risiko untuk mengalami osteoporosis (reput tulang). Jadi, kalsium juga penting dalam diet ibu yang menyusu.
Saya adalah penyokong susu ibu yang tegar dan berusaha sedaya upaya menasihati dan mencari penyelesaian bersama ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan. Jika orang lain boleh, tentu kita pun boleh.

Dapatkan lebih info penyusuan ibu di sini.
=======================================================
Share is care,

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya

Fyda,012621883
fydanoh@gmail.com

Filed Under: Kehidupan, Set Shaklee

Comments

  1. Sani Sini Sana says

    02/02/2015 at 5:51 am

    Susu ibu juga yang terbaik 🙂
    Sani Sini Sana recently posted…Antara Aktiviti Menarik di Shah Alam Bulan Ini!My Profile

    Reply
    • fydanoh says

      02/02/2015 at 8:40 pm

      Ya betul tu :))

      Reply

Trackbacks

  1. Bongkar Rahsia Susu Ibu Banyak Hanyalah Kesan Sampingan Domperidone? | Fyda Noh [dot] com says:
    03/12/2014 at 6:31 am

    […] Konsep ‘supply and demand’ […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Find us on Google Plus

Video Pilihan

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Set Hamil Premium

atasi masalah anemia semasa hamil

set bersalin premium kecil

set bersalin premium kecil

Set Penyusuan Premium

atasi masalah susu merudum

Geng Blogger

  • Lobak Ungu
  • Majalah Vitamin
  • My Sar Beauty
  • RujaUtih

Categories

Folow @ Instagram

Jom kongsi

Follow this blog

Visitors

Copyright © 2019 Fyda Noh · Powered by ZBS Networks ·