9 Tanda Awal Kelahiran Yang Perlu Ibu Tahu
Antara perkara penting yang perlu ditentukan apabila seseorang wanita disahkan bersalin ialah tarikh jangkaan bersalinnya. Ini adalah penting untuk mengetahui usia kandungan kerana setiap masalah yang timbul pada usia kandungan berbeza akan diuruskan dengan cara berlainan. Tarikh ini juga penting untuk memastikan kematangan bayi apabila dilahirkan nanti, untuk mengelakkan kelahiran bayi pra-matang secara paksaan dan mengelakkan bayi terlebih hari.
Namun, sebagaimana namanya ialah jangkaan, tarikh ini adalah sebagai panduan sahaja. Apabila kandungan ibu masuk 38 tahun, bermakna bayi sudah matang dan bersedia untuk hidup di dunia luar. Namun, kelahiran adalah suatu proses yang tidak terduga dan berbeza antara setiap ibu. Tiada siapa yang boleh memberitahu ibu dengan jelas apa tandanya bila bayi keluar, bagaimana sakit bersalin yang akan ibu rasai dan berapa lama proses kelahiran yang dialami oleh ibu. Semuanya hanyalah sebagai panduan supaya ibu rasa bersedia. Hakikatnya ibu sendiri akan merasai pengalaman ibu apabila tiba masanya nanti.
Tanda sebelum kelahiran : Antara 1-4 minggu sebelum bersalin
1. Kepala bayi akan turun ke dalam ruang pelvik
Ramai ibu yang berasa ruangan pelviknya lebih berat pada waktu ini dan berasa ngilu di kawasan ari-ari. Pergerakan ibu juga mungkin terbatas dan pergerakan seperti penguin akan lebih ketara. Tandas mungkin menjadi teman ibu kerana kepala bayi menekan pada pundi kencing menyebabkan ibu kerap berasa nak buang air. Yang menggembirakan, pernafasan ibu mungkin menjadi lebih lega kerana tekanan pada paru-paru semakin berkurang.
2. Ibu lebih kerap mengalami kekejangan dan sakit belakang
Otot dan sendi pada bahagian pelvis mula meregang dan melonggar sebagai persedian untuk bersalin mungkin juga akan menekan saraf-saraf sekeliling. Jadi, tidak hairan pada peringkat ini ibu mudah berasa kejang dan kebas bahagian pangkal pada dan belakang akan semakin sakit.
Cara menghilangkan kejang semasa mengandung
3. Sendi-sendi terasa longgar terutamanya sendi bahagian pangkal paha
Ada ibu yang mengadu sukar untuk bergerak kerana sendinya terasa longgar seakan nak tercabut. Sebenarnya ini adalah proses untuk membantu ruang pelvis terbuka dengan lebih besar untuk membantu proses kelahiran bayi.
4. Ibu mungkin mengalami cirit-birit
Perubahan hormon pada waktu ini akan mengendurkan tisu-tisu lembut dalam badan itu. Selain daripada tisu rahim, rektum iaitu usus besar yang juga merupakan tisu lembut akan turut mengendur. Ini memberi masa lebih panjang untuk penyerapan air dan mungkin ibu boleh mengalami masalah cirit-birit.
5. Berat ibu tidak naik atau mungkin kehilangan berat.
Pada peringkat ini, air ketuban akan mula berkurangan. Jadi, berat badan ibu mungkin tidak naik ataupun mungkin akan menurun sedikit. ibu tidak perlu risau kerana air ketuban yang berkurang akan mengehadkan pergerakan bayi dan bayi akan kekal dalam posisi yang sepatutnya dia dilahirkan.
Info mengenai air ketuban.
6. Ibu rasa tersangat letih
Mungkin simptomnya akan sama seperti ibu pada trimester pertama. Dengan perut yang semakin memboyot dan kerap rasa ingin kencing, mendapatkan rehat yang cukup pada waktu malam mungkin hampir mustahil. Jadi, jika ibu ada peluang untuk berehat atau tidur sekejap pada waktu siang, gunakan dengan sebaik mungkin.
Peringkat awal kelahiran : Beberapa jam sebelum kelahiran
1. Perubahan warna dan kepekatan cecair vagina
Apabila kelahiran sudah hampir, ibu akan mendapati cairan vagina berubah menjadi lebih pekat seperti hingus dan mungkin disertai dengan sedikit darah. Atau ibu mungkin mendapati terdapat cecair coklat pada seluar dalam. Ini bermakna ‘penutup’ pada pangkal rahim sudah tertanggal dan kelahiran mungkin sudah tidak lama.
2. Tiada lagi kontraksi palsu
Sepanjang tempoh kehamilan, ibu mungkin banyak kali mengalami kontraksi palsu ataupun Braxton Hicks. Namun, pada peringkat ini tiada lagi kontraksi palsu. Sakit kontraksi akan mula tetap, semakin kerap dan semakin kuat. Ini tandanya ibu perlu bersedia untuk pergi ke hospital.
Kenali Braxton-Hicks atau kontraksi palsu.
3. Air ketuban pecah.
Ini adalah tanda terakhir, bermakna bayi memang betul-betul akan keluar. Jika ada tanda ini, segeralah pergi ke hospital walaupun tiada kontraksi. Air ketuban yang sedikit boleh menyebabkan bayi lemas ataupun jangkitan sekiranya melebihi 24 jam kerana rahim telah terdedah kepada persekitaran luar.
Sekiranya ibu mengalami tanda-tanda di atas, bersedialah dengan beg yang sudah diisi barang bayi dan barang ibu untuk dibawa ke hospital. Tak lama lagilah orang yang ditunggu akan tiba.
Jika ibu ada sebarang pertanyaan atau saja nak sembang, boleh hubungi saya,
Fyda – 012 621 1883
[…] Apa yang boleh ibu lakukan pada peringkat ini sudah kita bincangkan dalam entry tanda-tanda awal kelahiran. […]