Fyda Noh [dot] com

Dunia Penyusuan Ibu

  • Utama
  • About
  • Produk Shaklee
  • Order Form
  • Hubungi Fyda
  • Topik Blog
    • Catatan Bisnes
    • Catatan Kehamilan
    • Catatan Kesihatan
    • Catatan Shaklee
    • Catatan Penyusuan
    • Catatan Testimonial
  • Checklist Kesihatan
You are here: Home / Catatan Kehamilan / 11 Tips Menjaga Luka Bersalin Agar Cepat Sembuh Dan Mengelakkan Komplikasi

11 Tips Menjaga Luka Bersalin Agar Cepat Sembuh Dan Mengelakkan Komplikasi

By 1 Comment

11 tips menjaga luka bersalin agar cepat sembuh dan mengelakkan komplikasi

pembedahan bersalin
Selepas pembedahan

Bersalin secara pembedahan kebiasaannya bukanlah pilihan setiap ibu. Tak dinafikan ada yang sanggup menyerahkan diri untuk dibedah kerana inginkan tarikh tertentu untuk kelahiran bayi, ada juga pembedahan yang dirancang kerana bayi songsang atau kembar. Risiko untuk sebarang komplikasi atau luka lambat sembuh adalah kurang untuk pembedahan yang dirancang berbanding pembedahan secara kecemasan. Namun, 11 tips di bawah boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan sebagai ikhtiar untuk mempercepat proses penyembuhan luka.
1.Pastikan luka kering dan bersih
Selepas pembedahan, memang luka akan ditampal dengan plaster dan dibuka selepas 2 hari untuk pemeriksaan. Jika sudah kering, elakkan tampal plaster baru, biarkan sahaja tertedah kepada sekeliling. Jika terdapat jangkitan, luka akan dicuci setiap hari sehingga bersih. Pastikan luka sentiasa kering sama ada dengan mengelap dengan tuala bersih atau guna hair dryer, asalkan luka sentiasa kering.

2.Pemakaian bengkung
Pemakaian bengkung tidak menjadi masalah jika luka sudah kering dan tidak menyebabkan kesakitan kepada ibu. Bengkung mempunyai manfaat sendiri, iaitu boleh mengurangkan rasa sakit terutamanya ketika batuk atau bersin. Ia menolong membuang angin dalam badan dan perut pun akan cepat mengempis. Selain itu, bengkung yang seeloknya dimulakan selepas seminggu bersalin akan menyokong tulang belakang dan mengurangkan sakit belakang.
3.Elakkan aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti membongkok atau menaiki tangga boleh menyebabkan kesakitan. Dalam seminggu pertama selepas bersalin, elokkan dielakkan aktiviti ini dan kebanyakan ibu yang bersalin secara pembedahan lebih senang menyusukan bayi secara berbaring.

4.Ubat penahan sakit
Tiada salah mengambil ubat penahan sakit jika kesakitan yang membataskan pergerakan anda, tapi berpada-pada ye. Jangan terlebih dos pula. Ubat penahan sakit tradisional tentu lah halia yang juga baik untuk ibu dalam pantang. 
5.Bergerak lebih awal
Sebarang pembedahan besar akan lebih cepat sembuh dengan pergerakan kerana ia melancarkan pengaliran darah dan mengelakkan darah beku. Jangan risau benang tercabut kerana memang jarang berlaku. Kalau sukar nak bergerak, jangan segan minta pertolongan daripada ahli keluarga.
6.Menyusu badan secara ekslusif
Sudah menjadi impian setiap ibu ingin memberi susu kepada bayinya. Dan menyusukan bayi dibuktikan dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali bayi menyusu, hormon oxytocin yang menyebabkan rahim mengecut dirembeskan. Mungkin ibu akan mengalami kesukaran untuk menyusukan bayi kerana kesakitan, namun ramai ibu yang bersalin secara pembedahan selesa menyusukan bayi sambil berbaring. 
7.Makanan yang seimbang dan berzat
Selepas bersalin, badan kehilangan banyak air, protein dan mineral jadi adalah penting untuk menggantikannya dengan kadar yang segera supaya fungsi badan dapat dikembalikan seperti biasa. Tambahan pula untuk penghasilan susu yang mencukupi dan berkhasiat, ibu memerlukan kesemua zat makanan. 
Zink dan protein diperlukan untuk menyembuhan luka yang cepat. Manakala, antioksida seperti vitamin C meningkatkan imuniti dan mengelakkan jangkitan penyakit kepada ibu dan bayi.
8.Minum air secukupnya 
Air secukupnya diperlukan untuk mengelakkan sembelit. Jika ibu mengalami sembelit, ini akan memberi tekanan kepada perut dan mengakibatkan kesakitan ketika membuang. Pengambilan air berlebihan yang dikatakan boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang adalah mitos semata-mata. Ibu juga boleh meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium yang juga boleh melembutkan najis.
9.Mengambil suplemen multivitamin dan zat besi
Semasa pembedahan, risiko kehilangan darah adalah lebih tinggi daripada bersalin biasa. Jadi wajarlah ibu meneruskan pil zat besi sepanjang tempoh berpantang. Kekurangan darah menyebabkan kurang oksigen dihantar ke sel dan luka lambat sembuh. Multivitamin pula memastikan ibu mendapat keperluan nutrien yang cukup supaya ibu sentiasa segar dan cergas.
10. Elakkan makan ubat tradisional
Sebelum mengambil ubat tradisional atau sebarang herba, dinasihatkan ibu berbincang dengan doktor terlebih dahulu. Ada ubat yang boleh mengurangkan pengecutan rahim dan menyebabkan pendarahan yang banyak. Ada juga yang boleh merosakkan buah pinggang.
11. Dapatkan bantuan ahli keluarga dan orang sekeliling
Emosi yang stabil dan ceria juga diperlukan untuk proses penyembuhan luka. Jadi, jika ibu mendapati tempoh berpantang memberi tekanan, berbincanglah dengan suami atau ahli keluarga lain untuk mengurangkan tekanan emosi yang dihadapi ibu. Begitu juga jika ada aktiviti fizikal yang susah untuk dilakukan, mintalah bantuan mereka. Semua orang membayangkan mempunyai bayi adalah saat bahagia dalam hidup, tapi disebaliknya hanya ibu yang tahu.

Tanda amaran untuk pembedahan caeser:

luka tak bercantum
Contoh luka yang tidak bercantum

1. Demam panas dan berterusan
2. Terlalu sakit atau pedih pada tempat pembedahan
3. Pendarahan yang banyak dari tempat pembedahan
4. Pendarahan yang banyak dengan darah berketul-ketul daripada faraj
5. Kemerahan pada tempat pembedahan
6. Keluar nanah atau air jernih dari luka
7. Tempat luka bengkak atau berlubang
8. Benang terbuka

Jika mengalami tanda-tanda diatas, segeralah berjumpa doktor ya.

Untuk memenuhi keperluan nutrisi anda, Shaklee ada menyediakan rangkaian set bersalin atau berpantang yang sangat sesuai untuk ibu yang bersalin normal ataupun secara pembedahan. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, ibu tidak boleh mengambil sebarang jamu, herba atau sembarang makanan, jadi set bersalin asas memang sesuai untuk ibu. Set ini lengkap dengan nutrisi seimbang yang diperlukan agar luka sembuh dengan cepat. Set ini juga boleh diambil seawal hari pertama bersalin dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang jaundis atau demam kuning. Bagi ibu yang mengalami kesukaran untuk mium pati ikan haruan atau pati gamat, suplemen dalam set Shaklee yang berbentuk pil adalah sangat senang untuk ditelan.

Mari kita tengok fungsi satu-satu vitamin dalam set ini.
Vitalea, multivitamin tertua
Multivitamin yang mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral ini melengkapkan nutrisi dalam juadah harian kita. Multivitamin ini sangat sesuai diambil olej ibu berpantang kerana banyak sangat makanan yang perlu pantang. Jadi, multivitamin adalah pilihan terbaik untuk melengkapkan semua nutrisi tersebut. Tambahan pula Vitalea didatangkan dengan zat besi yang sememangkan diperlukan oleh ibu untuk mengembalikan hemoglobin ke paras yang normal.
Vitamin B Complex, vitamin anti-stress
Vitamin ini sangat penting untuk kesihatan mental dan mengurangkan tekanan dikalangan ibu berpantang. Vitamin ini sangat baik untuk mengelakkan kemurungan yang boleh membawa kepada meroyan.
Vitamin C, sustained-released
Vitamin C diperluka dalam penghasilan kolagen untuk menguatkan tisu-tisu dan memastikan luka cepat sembuh. Selain itu, vitamin C berfungsi untuk meningkatkan sistem imun. Bonus tambahan untuk ibu, kulit pun akan bertambah cantik dan gebu.
Zink Complex
Jika ibu tertanya-tanya, kandungan zink adalah tinggi dalam ikan haruan, oleh sebab itu digunakan untuk mempercepat proses penyembuhan luka. Bagi ibu yang mempunyai masalah menelan pati ikan haruan, Zink Complex adalah pilihan terbaik. Selain itu, turut berfungsi untuk mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin.
Kami juga menyediakan set bersalin tambahan dan set bersalin premium
hanya untuk kebaikan ibu dan bayinya. 
Klik sini untuk maklumat lengkap SET BERSALIN

Bagaimana mendapatkan produk Shaklee? 

Anda boleh mendapatkan produk Shaklee daripada pengedar Shaklee yang sah tapi hati-hati ye, pastikan ada dapatkan daripada pengedar berkaliber yang boleh memberi konsultasi masalah anda dan mencadangkan cara pemakanan vitamin yang betul. Kalau cara makan salah, bukan saja tidak beri kesan positif malah mungkin lagi teruk jadinya.

Klik sini untuk SET BERSALIN ASAS

Klik sini untuk SET BERSALIN TAMBAHAN
Klik sini untuk SET BERSALIN PREMIUM

Hubungi saya untuk menyertai kumpulan iReach yang sangat happening atau untuk mendapatkan produk Shaklee
fydanoh@gmail.com
012-6211883

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit
*COD sekitar Kota Kinabalu
*Pos ke seluruh Malaysia

Filed Under: Catatan Kehamilan

Trackbacks

  1. Pembedahan Caeserean Tampal Dengan Gam Saja? | Fyda Noh [dot] com says:
    08/09/2014 at 9:00 pm

    […] Tahniah diucapkan kepada ibu yang bersalin melalui pembedahan kerana keputusan yang dibuat amatlah sukar. Dapatkan tips menjaga luka pembedahan agar cepat sembuh. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Find us on Google Plus

Video Pilihan

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Set Hamil Premium

atasi masalah anemia semasa hamil

set bersalin premium kecil

set bersalin premium kecil

Set Penyusuan Premium

atasi masalah susu merudum

Geng Blogger

  • Lobak Ungu
  • Majalah Vitamin
  • My Sar Beauty
  • RujaUtih

Categories

Folow @ Instagram

Jom kongsi

Follow this blog

Visitors

Copyright © 2019 Fyda Noh · Powered by ZBS Networks ·